Liqa' Bulanan Jeram 'B' bersama Ustaz Ramli Sidum
Majlis yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Selangor, Ustaz Zulhasnan telah menampilkan Ustaz Ramli Sidum yang membawa tajuk Fiqh Amal Islami, iaitu salah sebuah kertas kerja karangan Ustaz Harun Taib.
Liqa' bulanan ini akan diadakan setiap minggu ke empat pada hari Ahad malam Isnin pada pukul 9.30 malam.
Baca Selanjutnya...
Posted in Puncak Alam » 0 Komentar »
Kaunter Zakat di Puncak Alam & Saujana Utama
Tarikh : 20 & 21 Disember 2008 / 27 & 28 Disember 2008
Masa : 9.30 pagi - 2.30 petang
Tempat :
Pasaraya Central Mart, Saujana Utama
Lot Kedai Shah Alam 2, Puncak Ala
Hubungi : 019-3880781 / 019-3880784 / 019-3888127
Muslimin Muslimat dijemput hadir
Posted in Puncak Alam, Saujana Utama, Zakat » 0 Komentar »
Forum Bicara Ad-Din : Harta & Kebahagiaan Hidup
Tempat : Surau al-Muttaqin Fasa 3, Bandar Puncak Alam.
Masa : 9.00 malam
Ahli Panel :
1. Hj Mohd Helmi Ahmad
2. Hj Abdul Razak Razali
Moderator : En Mohd Juwahir Ra'iman
Jamuan disediakan & semua dijemput hadir
Posted in Aktiviti, Forum, Puncak Alam » 0 Komentar »
Hj Razali Ziarah Bayi Baru Lahir
3 Disember 2008 : Pengarah MTD, Hj Razali Tumirin sudi melapangkan masa untuk menziarahi Sdr Roslan yang baru menimang cahaya mata di rumahya di Fasa 2B6, Shah Alam 2 Bandar Puncak Alam.
Program ziarah ini sebenarnya dianjurkan PAS Cawangan Shah Alam 2 dengan kerjasama MTD Jeram bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli dan penduduk khususnya di kawasan DUN Jeram.
Baca Selanjutnya...
Posted in Aktiviti, Puncak Alam, Tokoh » 0 Komentar »
En Maskor Rasmi Majlis Berkhatan
22 November 2008 : Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor Tumiran sudi merasmikan Majlis Berkhatan anjuran bersama Surau At-Taufiqiyyah dan Persatuan Penduduk Shah Alam 2 hari ini. Kehadiran beliau menggantikan YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat datang atas nasihat doktor disebabkan masalah kesihatan.
Selaku pegawai khas kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor dalam ucapannya menyebut bahawa pihaknya amat komited terhadap segala usaha Pakatan Rakyat untuk melaksanakan manifesto terhadap Kuala Selangor khususnys. Antara langkah awal ialah penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen yang terletak Taman Bendahara, Kuala Selangor untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum di sini.
Beliau juga turut memuji penganjur program atas usaha murni ini dan dalam keadaan berseloroh menyifatkan program sebegini bukan sahaja boleh merapatkan hubungan sesama penduduk, malah juga boleh menjimatkan kos di kala kegawatan ekonomi global kerana dilakukan secara beramai-ramai.
Majlis khatan akan bermula pagi esok (23 November 2008) seawal jam 7.30 di Klinik Shamsara, Puncak Alam.
Baca Selanjutnya...
Posted in Aktiviti, Puncak Alam, Tokoh » 0 Komentar »
Liqa' Mahabbah Bersama Ketua Pemuda PAS Selangor
16 November 2008 : PAS Puncak Alam mengadakan Liqa' Mahabbah bersama Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Fasa 2 Puncak Alam. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli di Puncak Alam bersama para pimpinan selain untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan tentang isu-isu semasa berkenaan negeri Selangor.
Semasa program berlangsung, pelbagai isu diutarakan yang dijalankan secara komunikasi dua hala. Ustaz Sallehin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana mengadakan program dalaman ahli seumpana ini. Menurut beliau, program-program dalaman ini sangatlah penting dalam pembinaan ikatan kerja-kerja parti yang kukuh, tersusun dan medan tarbiyyah yang terbaik daripada pihak pimpinan. Katanya 'Kita kena bergerak dan bekerja seiring dengan pentadbiran Pakatan Rakyat hari ini'.
Ustaz Sallehin menjelaskan walaupun beliau agak lantang dalam menegur dan mengkritik barisan pimpinan kerajaan negeri Selangor, tetapi ianya adalah muhasabah kepada kerajaan negeri untuk memantapkan lagi pentadbiran bagi kepentingan semua kaum sambil menyifatkan kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Tan Sri Khalid sebenarnya jauh lebih baik dan lebih berkesan daripada kerajaan terdahulu.
Jelas beliau lagi, tindakan beliau berjaya untuk merapatkan serta mengukuhkan lagi hubungan antara Pakatan Rakyat dalam pentadbiran negeri dan menafikan adanya perpecahan seperti yang disiarkan oleh media arus perdana.
Beliau turut menjelaskan hubungan beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah amat baik dan Tan Sri Khalid sendiri pernah memuji beberapa tindakan beliau yang dianggapkan sebagai 'check and balance' (dengan izin) dan sekaligus membantu MB untuk membuat keputusan yang lebih bijaksana. Hubungan dengan istana yang dilaporkan retak oleh media pro kerajaan juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.
Majlis yang berlangsung selama lebih dua jam diteruskan dengan sessi minum malam di restoran berhampiran. Turut hadir ialah Hj Razali Tumirin (Pengarah MTD), Ustaz Dzulhasnan (Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Selangor) dan Rosham Muhammad (Ahli Majlis Dareah Kuala Selangor).
.
Posted in Aktiviti, Puncak Alam » 0 Komentar »
YB Dr Dzulkefly Ahmad Merasmikan Ihtifal PASTI Ibnu Sina
15 November 2008 : Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefli Ahmad telah menyempurnakan perasmian Penutup Ihtifal PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam hari ini. Majlis ihtifal itu juga merupakan acara tahunan yang julung kalinya diadakan memandangkan usia PASTI Ibnu Sina yang baru mencecah satu tahun.
Antara ucapan Dr Dzul menyentuh PAS bukanlah parti yang memperjuangkan politik semata-mata, malah PAS merupakan wadah yang memperjuangkan semua aspek dalam kehidupan agar selari dengan Islam. Ini termasuk pendidikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan menubuhkan pra-sekolah yang dinamakan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Baca berita penuh di Blog PAS Shah Alam 2.
Baca Selanjutnya...
Posted in Ahli Parlimen, Aktiviti, PASTI, Puncak Alam » 0 Komentar »
Saham Wakaf Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2
Dewan solat muslimat & muslimin
Tempat wudhuk muslimin.
Surau At-Taufiqiyyah memerlukan kira-kira RM300,000-00 untuk membina dan menyiapkan surau baru yang berkeluasan 3,200 kaki persegi di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam. Setakat ini surau sementara dibina masih menggunakan papan lapis sebagai dinding yang didirikan di atas tapak dewan orang ramai.
Rayuan derma juga pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 25 Sept 2008. Baca berita lanjut di sini.
Skim saham wakaf ini telah diluluskan oleh phak MAIS dengan No Rujukan MAIS : MAIS/KP/PBM001/01 bertarikh 13 Februari 2008. Pelepasan cukai juga diluluskan.
Sumbangan/Cek boleh dibuat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR melalui ke akaun berikut:
Akaun BIMB : 12038010041109
Akaun BSN : 1010041000015957
Sila hantarkan slip bank atau cek ke alamat berikut untuk rekod penerimaan:
Surau At-Taufiqiyyah,
Lorong Az-Zaharah 10/2,
Seksyen 10, Shah Alam 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor
Orang ramai boleh juga menghubungi Haji Zainuddin Mohd. Shariff di talian 013-3331681 untuk sebarang pertanyaan. Semoga sumbangan tuan puan mendapat ganjaran berpanjangan di sisi Allah Taala. Insya Allah.
Baca Selanjutnya...
Posted in Puncak Alam, Surau / Masjid, Wakaf » 0 Komentar »
