Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Liqa' Fikri PAS Kuala Selangor  

Saf kepimpinan baru PAS Kuala Selangor berbual mesra.
Album penuh di sini.

PAS Kuala Selangor dibawah Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan telah mengadakan Liqa' Fikri di Markaz PAS Kampung Bukit Hijau yang dikoordinasikan sendiri oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad. Liqa' Fikri yang diadakan secara dwi-bulanan ini bertujuan untuk memantapkan fikrah sesama ahli terutama pimpinan cawangan.

Diharapkan liqa' ini berjaya mewujudkan kesatuan fikrah atau wahdatul fikri dikalangan para pejuang Islam.
.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

PETUGAS MTD JERAM DI PRK 036 KUALA TERENGGANU  

15 Januari 2009-InsyaAllah MTD Jeram akan menghantar seramai 30 orang petugas ke PRK P036 Kuala Terengganu. Seorang wakil telahpun berada disana sejak dari 9hb Januari yang lalu sebagai menyambut cabaran untuk bersama-sama bekerja bagi memenangkan kerusi yang ditanding oleh YB Mohd Abdul Wahid Endut.

Konvoi ke PRK P036 ini akan mula bergerak mulai malam ini jam 10 dan dijangka tiba di Kuala Terengganu dalam jam 5 pagi. Doakan akan pemergian rombongan kami di sana semuanya selamat dibawah perlindunganNya Yang Maha Esa. Mudah-mudahan usaha, amalan dan kerja ini akan diterima olehNya sebagai amalan kebajikan untuk persiapan menghadapi hari kemudian.

Taqabballahu minna waminkum.

TAKBIRRRRR. ALLAHU AKBARR.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Forum Bicara Ad-Din : Harta & Kebahagiaan Hidup  

Tarikh : 20 Disember 2008
Tempat : Surau al-Muttaqin Fasa 3, Bandar Puncak Alam.
Masa : 9.00 malam

Ahli Panel :
1. Hj Mohd Helmi Ahmad
2. Hj Abdul Razak Razali

Moderator : En Mohd Juwahir Ra'iman

Jamuan disediakan & semua dijemput hadir


Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Hj Razali Ziarah Bayi Baru Lahir  

Hj Razali Tumirin menyampaikan sumbangan kepada Sdr Roslan.
Lagi gambar di sini.

3 Disember 2008 : Pengarah MTD, Hj Razali Tumirin sudi melapangkan masa untuk menziarahi Sdr Roslan yang baru menimang cahaya mata di rumahya di Fasa 2B6, Shah Alam 2 Bandar Puncak Alam.


Comelnya Putera Sdr Roslan ni...

Program ziarah ini sebenarnya dianjurkan PAS Cawangan Shah Alam 2 dengan kerjasama MTD Jeram bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli dan penduduk khususnya di kawasan DUN Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

En Maskor Rasmi Majlis Berkhatan  

En Maskor Tumiran menyampaikan cenderahati kepada semua peserta.

22 November 2008 : Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor Tumiran sudi merasmikan Majlis Berkhatan anjuran bersama Surau At-Taufiqiyyah dan Persatuan Penduduk Shah Alam 2 hari ini. Kehadiran beliau menggantikan YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat datang atas nasihat doktor disebabkan masalah kesihatan.


Selaku pegawai khas kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor dalam ucapannya menyebut bahawa pihaknya amat komited terhadap segala usaha Pakatan Rakyat untuk melaksanakan manifesto terhadap Kuala Selangor khususnys. Antara langkah awal ialah penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen yang terletak Taman Bendahara, Kuala Selangor untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum di sini.

Beliau juga turut memuji penganjur program atas usaha murni ini dan dalam keadaan berseloroh menyifatkan program sebegini bukan sahaja boleh merapatkan hubungan sesama penduduk, malah juga boleh menjimatkan kos di kala kegawatan ekonomi global kerana dilakukan secara beramai-ramai.

Majlis khatan akan bermula pagi esok (23 November 2008)
seawal jam 7.30 di Klinik Shamsara, Puncak Alam.



Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Sukan dan Ihtifal PASTI Darul Falah 2008  

Persembahan oleh Pelajar PASTI.
Lagi gambar di sini.

JERAM - Sukan Tahunan dan Ihtifal Pasti Darul Falah Kampung Bukit Hijau telah berjaya diadakan dengan meriah dengan sambutan yang sangat baik dari masyarakat setempat. Majlis yang diadakan dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari 16 November 2008 telah dirasmikan oleh En. Selamat Bin Asir, Ketua Kampung Bukit Hijau yang baru. turut dijemput hadir En. Zainurin Bin Jiman, Naib Pengerusi Pasti Kawasan Kuala Selangor dan Ustazah Zaleha Bt Hamid, Ketua Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Kuala Selangor.


Menurut Pengurus Pasti Darul Falah merangkap Pengerusi Pasti Kawasan Kuala Selangor Ustaz Kamil Bin Haji Sidek, pada tahun ini sukan tahunan dan majlis ihtifal dijalankan serentak kerana faktor kekangan masa dan untuk menjimatkan kos. Antara acara yang di jalankan selain acara sukan Pasti ialah acara Rebut Rezeki (Gula-gula), Jimat Air (masukkan air kedalam botol) dan Kerusi Idol (Kerusi Beracun) untuk kanak-kanak dan remaja serta acara Lambatnya... (Tunggang Basikal Lambat) dan Lidi ku lidi ku jua... (Raut Lidi) untuk kategori kaum bapa dan ibu.

Laporan oleh : Ustaz Kamil Sidek

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Liqa' Mahabbah Bersama Ketua Pemuda PAS Selangor  

16 November 2008 : PAS Puncak Alam mengadakan Liqa' Mahabbah bersama Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Fasa 2 Puncak Alam. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli di Puncak Alam bersama para pimpinan selain untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan tentang isu-isu semasa berkenaan negeri Selangor.

Semasa program berlangsung, pelbagai isu diutarakan yang dijalankan secara komunikasi dua hala. Ustaz Sallehin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana mengadakan program dalaman ahli seumpana ini. Menurut beliau, program-program dalaman ini sangatlah penting dalam pembinaan ikatan kerja-kerja parti yang kukuh, tersusun dan medan tarbiyyah yang terbaik daripada pihak pimpinan. Katanya 'Kita kena bergerak dan bekerja seiring dengan pentadbiran Pakatan Rakyat hari ini'.

Ustaz Sallehin menjelaskan walaupun beliau agak lantang dalam menegur dan mengkritik barisan pimpinan kerajaan negeri Selangor, tetapi ianya adalah muhasabah kepada kerajaan negeri untuk memantapkan lagi pentadbiran bagi kepentingan semua kaum sambil menyifatkan kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Tan Sri Khalid sebenarnya jauh lebih baik dan lebih berkesan daripada kerajaan terdahulu.

Jelas beliau lagi, tindakan beliau berjaya untuk merapatkan serta mengukuhkan lagi hubungan antara Pakatan Rakyat dalam pentadbiran negeri dan menafikan adanya perpecahan seperti yang disiarkan oleh media arus perdana.

Beliau turut menjelaskan hubungan beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah amat baik dan Tan Sri Khalid sendiri pernah memuji beberapa tindakan beliau yang dianggapkan sebagai 'check and balance' (dengan izin) dan sekaligus membantu MB untuk membuat keputusan yang lebih bijaksana. Hubungan dengan istana yang dilaporkan retak oleh media pro kerajaan juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Majlis yang berlangsung selama lebih dua jam diteruskan dengan sessi minum malam di restoran berhampiran. Turut hadir ialah Hj Razali Tumirin (Pengarah MTD), Ustaz Dzulhasnan (Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Selangor) dan Rosham Muhammad (Ahli Majlis Dareah Kuala Selangor).
.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Sekitar Ceramah Umum di Saujana Utama  

YB Khalid Samad menyampaikan ceramah.
Lagi gambar di sini.

12 November 2008 : Selepas kejayaan besar menganjurkan ceramah umum bersama Dato' Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat beberapa ketika dahulu, PAS Saujana Utama sekali lagi berjaya meneruskan kesinambungan dengan menganjurkan ceramah umum di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Antara penceramah yang hadir ialah:

1. Haji Razali Tumirin, Pengarah MTD Jeram
2. Ustaz Riduan Md Nor, Exco Pemuda PAS Pusat
3. YB Ir Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
4. YB Dr. DZulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor


Ceramah dipengerusikan oleh Cikgu Hj. Azhar Bin Harun

1. Ucapan Aluan oleh Pengarah MTD Jeram dengan memfokuskan perbincangan dan penganalisaan mengenai

Proses perjalanan pilihanraya di Malaysia dan peranan rakyat di dalam sebuah Negara demokrasi yang seharusnya bebas dan berani memilih dan menentukan pemimpin yang diimpikan. Rakyat mesti mengetahui hak dan tanggungjawab mereka tanpa desakan, sogokan dan diarah atau dipaksa menentukan pemimpin yang diharapkan boleh memperjuangkan hak mereka.

Rakyat seharusnya matang menganalisa dasar dan rancangan sesebuah parti politik sebelum membuat pilihan yang tepat dan keputusan yang bijak tanpa dipengaruhi bahkan ditekan oleh mana-mana pihak

Rakyat mestilah mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Kesedaran politik hanya boleh dilahirkan melalui beberapa cara, di antaranya pendedahan mengenai ilmu politik dan kemasyarakatan di peringkat awal remaja atau dibangku sekolah. Sistem pendidikan seharusnya mendidik semua rakyat ke arah hidup berorganisasi dan berpersatuan.

Beliau turut menceritakan kemajuan dan perkembangan berpolitik di Negara Maju seperti di Amerika Syarikat, didapati rakyat bebas memperolehi maklumat seperti dasar parti dan akhirnya mereka dapat memilih secara bebas siapa pemimpin yang sesuai untuk membangunkan negara

2. Ustaz Riduan Md Nor, Exco Pemuda PAS Pusat

Beliau memfokuskan perbincangan mengenai kedudukan dan pola pengundian di kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar dan sikap pengundi yang memilih calon-calon Pakatan Rakyat (PR) di dalam PRU 12, tanpa diracuni oleh dasar perkauman sempit dan agama.

Di antaranya, beliau memperjelaskan betapa taraf hidup dan tahap pendidikan turut/boleh mempengaruhi seseorang untuk mengundi calon-calon pembangkang dengan penuh keberanian.

Beliau masih sangsi bagaimana mentaliti penduduk kampung yang masih dibelenggu dengan fahaman sempit berpolitik yang dirancang oleh UMNO. Saranan beliau ialah adalah wajar penduduk yang tinggal di kampung-kampung/orang Melayu didekatkan mereka dengan ilmu agama dan peranan agama di dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka. Peranan Puasat Khidmat Masyarakat (PKM) hendaklah digemblengkan.



3. YB Ir Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Beliau menceritakan strategi UMNO untuk menarik perhatian para pengundi/rakyat untuk menyokong mereka kembali dengan meniupkan isu perkauman, khususnya sensitiviti orang Melayu/Islam. UMNO cuba memperlagakan orang Melayu dengan isu-siu keMelayuan yang diharapkan dapat meniupkan rasa kebencian terhadap kerajaan PR dan beralih sokongan terhadap UMNO/BN semula. Beliau memberi beberapa contoh kes, di antaranya, kes pelantikan Pengurus Besar PKNS.

Menurut beliau, UMNO akan sentiasa mencari isu-isu dari semasa ke semasa dengan menonjolkan merekalah sahaja pejuang bangsa dan agama dengan menggunakan media massa, cetak dan elektronik, terutama TV untuk menghentam dasar/polisi kerajaan PR yang dianggap tidak menguntungkan orang Melayu/Islam. Mereka akan mencipta apa-apa pembohongan atau menghuraikan secara negatif atau tidak bertanggungjawab terhadap rancangan/usahakan yang dijalankan oleh kerajaan PR

4. YB Dr. DZulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Beliau berusaha untuk mengingatkan terutama ahli-ahli PAS, jangan terperangkap dengan desakan yang menunjukkan ketidak-matangan/kedangkalan kita berpolitik. Mungkin ada di antara ahli yang mendesak agar pimpinan PAS dapat melaksanakan, umpamanya, undang-undang hudud di negeri Kedah dengan kadar segera. Ini seolah-olah menunjukkan Islam itu hudud sahaja yang terpenting untuk dilaksanakan.

Beliau cuba menarik perhatian semua yang hadir dengan memperihalkan skop ajaran Islam yang terdiri daripada beberapa komponan asas, seperti aqidah, syariah dan akhlak dan beliau sendiri memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadith Rasullullah s.a.w. yang membuktikan ajaran Islam perlu dilaksanakan secara hikmah/bijaksana. Umpamanya, beliau menghuraikan misi Rasullullah dilahirkan ke atas dunia ini ialah untuk memperbaiki akhlak manusia.

Beliau turut berusaha untuk meyakinkan pemimpin PR terutama DAP terhadap peranan Islam di dalam menyelesaikan masalah rakyat/manusia dan Negara. Beliau adalah salah seorang pemimpin PAS yang diamanahkan untuk membentangkan idea PAS di dalam menyelesaikan permasalahan umat. Salah satu usaha beliau ialah membentangkan idea PAS mengenai bajet yang berprinsipkan keadilan dan bermanfaat bagi kemashalahatan umat dan akhirnya turut diterima oleh pimpinan DAP secara terbuka dan penuh kagum.

PAS sepatutnya mengambil inisiatif dan pendekatan informasi dan dakwah di dalam PR sekarang, agar peranan PAS dapat dihormati oleh teman-teman di PR dan menjadikan parti ini dapat berfungsi dan berperanan lebih luas. Kita mesti mendapat kepercayaan tulen daripada mereka agar segala rancangan kita berhasil.

Beliau menyarankan agar ahli-ahli Pas sendiri mesti mempelajari ilmu dan istilah-istilah al-Quran/ Arab/yang bersifat ilmiah agar memudahkan kita berhujah dengan sesiapa sahaja.

Laporan oleh: Hj Razali Tumirin, Pengarah MTD DUN Jeram.
Foto oleh : Unit Fotografi, PAS Saujana Utama.
.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

YB Dr Dzulkefly Ahmad Merasmikan Ihtifal PASTI Ibnu Sina  

Pengurus PASTI Ibnu Sina, Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif menyampaikan cenderahati kepada YB Dr Dzukefly Ahmad.

15 November 2008 : Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefli Ahmad telah menyempurnakan perasmian Penutup Ihtifal PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam hari ini. Majlis ihtifal itu juga merupakan acara tahunan yang julung kalinya diadakan memandangkan usia PASTI Ibnu Sina yang baru mencecah satu tahun.


Antara ucapan Dr Dzul menyentuh PAS bukanlah parti yang memperjuangkan politik semata-mata, malah PAS merupakan wadah yang memperjuangkan semua aspek dalam kehidupan agar selari dengan Islam. Ini termasuk pendidikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan menubuhkan pra-sekolah yang dinamakan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Baca berita penuh di Blog PAS Shah Alam 2.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button