Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

PENAFIAN KELUAR PARTI  

Gambar Encik Sazali Turiman (empat dari kiri) bersama dengan Encik Sharudin Mohd Nri (lima dari kiri) di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit


Jawapan Pemuda PAS - Sinar Harian 25/09/2010


KETUA DEWAN PEMUDA PAS KUALA SELANGOR MENAFIKAN 30 PEMUDA PAS MASUK UMNO

Jeram, Selangor 22-September-2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Sazali Turiman, hari ini dengan tegas menafikan kemasukan 30 orang ahli pemuda PAS ke dalam UMNO sepertimana laporan yang tersiar di dalam sebuah akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu.

Beliau menjelaskan bahawa maklumat sepertimana yang tersiar di dalam akhbar tersebut adalah merupakan fitnah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana tiada seorang pun daripada Ahli Dewan Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO pada majlis tersebut. ‘Pihak kami telah membuat semakan daftar keahlian PAS dan mendapati tiada seorang pun ahli Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO’ tegas beliau.

Beliau yang hadir di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit, Jeram pada malam semalam turut menjelaskan bahawa Encik Sharudin Mohd Nri bukanlah bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit dan tidak pernah menjadi ahli Pemuda PAS. ‘Beliau adalah bekas Ketua Pergerakan Belia 4B, Kampung Kuala Parit dan bukannya Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan Kuala Parit seperti yang dilaporkan’, tegas beliau lagi.

Encik Sharudin Mohd Nri turut hadir dengan sukarelanya pada majlis tersebut untuk memberikan penjelasan sebenar beliau berkaitan laporan akhbar tersebut. Beliau menafikan ada menyebut bahawa perjuangan PAS telah terpesong sejak bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR). ‘Saya juga tidak pernah menyebutkan bahawa PAS telah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. Oleh yang demikian saya ikhlas hadir pada malam ini untuk bertemu dengan kawan-kawan daripada ahli PAS untuk membuat kenyataan yang sebenar’ kata beliau.

Seterusnya beliau telah menandatangani surat akuan bagi menafikan kenyataan sepertimana yang terkandung di dalam akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu dan menyatakan kekesalannya sehingga menyinggung perasaan semua pihak.

Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kuala Parit akan membuat laporan polis terhadap fitnah dan salah tanggapan masyarakat terhadap perkara tersebut dan berharap supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Mengulas isu tersebut, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Rosham Muhammad menyatakan bahawa UMNO Kuala Selangor telah berada dalam keadaan terdesak kerana kurang mendapat sambutan daripada rakyat setempat. Ini jelas dibuktikan di mana Program Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Jawatankuasa Pengurusan DUN Jeram bersama Pejabat Parlimen Kuala Selangor yang diadakan pada tarikh yang sama dan berhampiran dengan kampong Kuala Parit telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Dianggarkan hampir 3000 orang penduduk yang terdiri daripada berbagai kaum hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri tersebut.


Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button