Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Psikologi Politik-Untuk Menawan Hati dan Fikiran Rakyat  

Mukaddimah

Asas awal untuk meyakinkan dan rakyat menerima perjuangan parti, maka setiap penyusunan program umum parti adalah berdasarkan kepada perancangan, wujudnya suatu frame work, hasil perbincangan yang kemas, dan dikukuhkan dengan ‘establishment on paper’.

Sayugia dinyatakan, pembentukan dan latihan kader kepartian mestilah mantap dan mereka terus dan sentiasa berada di dalam kehidupan masyarakat setempat dan ‘grass root.’

Mengembang, memperkuat dan membina parti

Saya berpendapat, dalam mencapai visi, misi, tujuan dan sasaran organisasi banyak dipengaruhi oleh keberkesanan pengurusan cawangan dan kawasan. Di samping itu, kemampuan, ketaatan, ketulenan perjuangan, akhlak dan pengurusan seorang kader sangat diperlukan bahkan menjadi syarat utama untuk menjadi pimpinan dan akhirnya dapat menjalankan urusan atau pengurus parti yang efektif.

Pimpinan cawangan dan kawasan harus berperanan sebagai organisasi mengembang, memperkuat dan membina parti dan masyarakat yang peduli, peka dan menyelesaikan kehidupan rakyat di kawasan-kawasan masing-masing.

Saya berpendapat Orientasi asas yang wajar digerakkan adalah seperti berikut:-

1. Pengurusan dan pentadbiran parti yang matang, cekap, simpati, terbuka, berwibawa dan mudah berkomunikasi, keserasian dan keseimbangan dengan masyarakat setempat. Di sini tapak asas perjuangan dan gunakan dengan sebaik-baiknya. Pokoknya, pemimpin di akar umbi mesti ada hala tuju, ‘personal touch’ dan “mesra” masyarakat dan pengundi. One kind of leadership or style must be developed and let the potential leaders emerge and mobilize. Pemimpin pelapis hendaklah dibentuk.

2. Latihan, pentarbiyahan, perkaderan dan kepimpinan yang mantap di mulai di peringkat cawangan dan ahli-ahli parti bergerak di tengah-tengah masyarakat dan menjadi pejuang menyelesai semua masalah masyarakat.

3. Parti dijadikan wadah perbincangan dan menyelesaikan isu-isu yang bangkit dan tercetus di dalam masyarakat dengan penyertaan pakar-pakar dan ahli akademik bagi tujuan merubah minda atau ‘mindset’ orang awam.

4. Parti wajar membentuk organisasi gerakan sosial yang kuat menarik simpati pengundi, orang ramai pelbagai peringkat dan masyarakat Islam dan bukan Islam. Perjuangan hendaklah dijadikan “kerjaya” berterusan.

Metodologi pergerakan

Faktor kaedah dan pendekatan yang sejahtera hendaklah difikirkan sedalam-dalamnya di dalam proses menarik perhatian masyarakat, orang ramai dan pengundi untuk menyokong perjuangan parti.

Dari aspek ini, saya berpendapat kesedaran untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap berbagai ideologi, kefahaman dan pola cara berfikir masyarakat hendaklah dikaji dan dinilai. Kajian atau ‘research and getting the peoples opinion, perception or sentiment’ adalah teramat penting di dalam proses menilai dan menentukan tahap dan strategi pendekatan yang bersesuaian menangani permasalahan dan jambatan masyarakat dan kehidupan semasa.

Kesimpulan dan Rumusan

Kemantapan organisasi menjadi asas yang penting. Organisasi sewajarnya digerakkan dengan meliputi kegiatan-kegiatan di bidang keanggotaan, perkaderan, memahami perlembagaan parti dan negara, pengukuhan dan pengurusan dana, mempunyai hubungan dengan organisasi sosial atau kemasyarakatan, seperti NGOs, dan mempunyai tingkatan profesionalisme yang bersesuaian. Insiden-insiden yang boleh menjejaskan dan mencemarkan reputasi parti wajib dielakkan.

Organisasi mesti mendekati dan peduli dengan masyarakat (memasyarakatan parti) dan mempunyai rangkaian penerangan, penerbitan dan media yang berkesan seperti CD percuma. Jika ini dapat dilaksanakan secara sistematik dan bersumberkan fakta yang jelas dan diyakini, insyaAllah, rakyat akan merestui perjuangan ini.

Justru itu, digerakkan program atau aktiviti yang disusun, mengamati aspek geografi, kematangan berpolitik dan mampu menangani isu ekonomi, masyarakat serta wawasan parti. Parti mesti berani menjual produk yang berkualiti, maka ‘salesmen’ iaitu pemimpin mestilah turut berkualiti.

Parti mesti menjadi instutusi yang digambarkan sebagai simbol ‘harapan dan perubahan’. Parti mesti dapat menimbulkan roh dan semangat “politic of hope not politic of fear”.

Razali

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P 059 Bukit Gantang  

Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 2009

1. Pendahuluan

1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak.


1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

2. Kenapa PAS wajar menang majoriti besar

2.1 Akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak secara kesuluruhannya. Jika PAS memenangi pilihanraya kecil ini akan memberi kesan negatif kepada bakal PM dan jentera UMNO dan BN seterusnya. Ini bermakna para pengundi tidak mudah ditipu. Kemenangan PAS akan mendorong dan meningkat moral sokongan rakyat di semua lapisan peringkat dan negeri-negeri lain kerana rakyat boleh berubah haluan menyokong parti lawan.

2.2 Untuk memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti adalah suatu ‘indication’ bahawa rakyat menolak pemainan “politik pintu belakang” yang diamalkan oleh BN. Rakyat Perak perlu menebus kembali maruah dan harga diri mereka. Kerajaan yang naik secara permainan politik kotor secara merampas kuasa dan seterusnya mentadbir negeri secara tidak demokratik sewajarnya dihukum oleh pengundi yang bermaruah. Ini adalah merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi, wajar dipulihkan.

2.3 Sejarah kemenangan BN sehinggalah pada 8 Mac, 2008 dianggap “a strong UMNO seat”, namun dapat dirampas oleh PR, maka pilihanraya kecil ini akan membuktikan rakyat tetap menolak UMNO/BN selama-lamanya.

2.4 Pertembungan dan Pertempuran di Bukit Gantang nanti bukannya suatu yang mudah, setelah BN kecundang di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, maka berbekalkan kepada momentum terkini, dipercayai rakyat tidak akan tunduk dengan ugutan dan rasuah politik. Peluang ini merupakan kemenangan berterusan dan tentunya akan mencipta sejarah tersendiri.

2.5 Membuktikan tohmahan Nizar kononnya menjadi tunggangan dan boneka DAP dan tidak mendapat restu kaum Melayu sewaktu menetapkan polisi dan tindakan yang dilakukan semasa mentadbir negeri selama 11 bulan adalah dakwaan palsu dan tuduhan tidak bertanggungjawab. Pengundi Melayu merupakan 63.28% akan tetap menyokong seorang calon yang mempunyai integriti dan akauntabiliti.

2.6 Sokongan pengundi muda dan demografi pemilih yang terdiri daripada orang Melayu mestilah dilakukan secara strategik bagi memastikan sokongan kepada PAS tidak berbelah bahagi. Mereka adalah penyumbang besar mengekalkan identiti pemuafakatan politik yang bistari.

2.7 Sokongan pengundi kaum bukan Melayu adalah lambang perpaduan baru dalam politik yang merentasi ras, etnik, kaum, budaya dan agama. PR adalah satu barisan alternatif baru yang merubah ‘dimension and landscape of Malaysian politics’. Dengan keutuhan solidariti dan muafakatan di dalam PR serta komitmen para pemimpin tertinggi lambang keyakinan untuk menangani dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat. PR is hoping to improve aspects of our current system or to ensure that they can address specific aspects of political reform.

2.8 Barisan pembangkang berusaha gigih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memberi sumbangan besar di dalam proses pembangunan negara jika diberi peluang. Ramai tokoh yang berkaliber dan berpotensi mampu diketengahkan.

3. Kesimpulan

3.1 Seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong PAS wajib memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan dan mengekalkan kemenangan parlimen Bukit Gantang ini. Rakyat Perak wajar menghantar isyarat yang jelas kepada BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” adalah tidak bermoral. Suara rakyat yang menginginkan pembubaran DUN Perak tidak diendahkan, wajar diterjemahkan di peti undi dengan memangkah PAS. UMNO adalah parti yang sentiasa tak lekang dan penuh dengan tipudaya dan onah. Rakyat mesti merenung adat warisan kita, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru” bermaksud, sesuatu kejahatan yang besar tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Keadaan orang Melayu dan rakyat ketika ini terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan, bagai melukut di tepi gantang. Di mana dan dengan siapa rakyat hendak berlindung, ibarat kata, bagai anak ayam kehilangan ibu. Rakyat kini berada di dalam kesusahan, seolah-olah sudah kehilangan tempat bergantung. UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

3.2 Justru itu, UMNO mesti ditumbangkan, supaya mereka sedar peri pentingnya menunaikan tanggungjawab sebenar memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Saya menjangkakan undi majoriti melebihi 5,000 adalah tepat pada masanya. Khusus kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang, terimalah tawaran daripada PAS dan PR dengan hati yang terbuka dan rela. Percayalah bahawa UMNO bukan tawaran yang terbaik masa kini kerana jika terus menyokong UMNO, rezeki secupak takkan jadi segantang.

Razali

Admin : Penulis adalah Pengarah MTD Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Mampukah Politik Wang dibanteras?  

1. Istilah Politik Wang

1.1 Politik wang ialah satu istilah menggambarkan perbuatan mengunakan wang tunai untuk mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan atau pengundi bagi meraih sokongan dan akhirnya mengundi, seterusnya memenangkan seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan. Ini juga termasuk pemberian pelbagai bentuk hadiah, yang sekecil-kecilnya seperti kain pelikat sehinggalah penganugerahan tender atau kontrak tertentu.

2. Bagaimana boleh wujud politik wang

2.1 Perkara seumpama ini tidak dapat dielakkan, jika lahirnya ahli-ahli politik yang mengamalkan akhlak dan amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Politik wang atau rasuah wang berleluasa akibat tamak dan gilakan kuasa. Tambahan pula, unsur-unsur negatif dan permainan politik yang ‘kotor’ seperti ugutan, paksaan dan fitnah politik berkembang, maka gejala sogokan mula berlaku beriringan.

2.2 Punca yang menonjol ialah akibat kemewahan dan kemakmuran yang akan dinikmati oleh pemenang di dalam sesuatu pertandingan jawatan atau di dalam pilihanraya, maka ahli-ahli politik berlumba-lumba berebut jawatan untuk mencapai impian tersebut. Jawatan yang disandang tentunya mencapai hasrat kesenangan hidup dan kedudukan atau status tinggi di dalam masyarakat. Matlamat berpolitik bukannya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, namun kepentingan peribadi (personal interests) sudah menjadi agenda utama.


2.3 Matlamat tidak menghalalkan cara dan fahaman sekular yang dianuti tentunya, tidak memikirkan persoalan dosa dan pahala mengakibatkan kempen pelbagai teknik dan tektik yang tidak bersesuaian dengan akhlak dan nilai hidup dipinggirkan dan diketepikan buat sementara.

3. Sejarah Politik Wang

3.1 Di peringkat awal, di dalam politik UMNO, pelbagai kaedah untuk memenangi pelbagai jawatan di cawangan atau bahagian dan Majlis Tertinggi. Amalan awal tidak menampakkan wang dihulurkan. Pujukan atau rayuan adalah dalam bentuk yang tidak secara langsung seperti pakej lawatan melancong ke tempat-tempat menarik seperti ke Medan, Bangkok, Jakarta atau mengerjakan haji atau umrah dan beberapa hadiah cenderamata tertentu. Lama kelamaan pujukan sudah menjadi sogokan dengan sejumlah “transaction demand for money, and done openly”.

3.2 Rahim Tamby Chik pernah menyebutkan sejarah politik wang dalam UMNO bermula pada tahun 1980an, dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bermaksud berlaku era beliau di dalam UMNO. Akhirnya, budaya politik wang itu berkembang subur dan menjadi barah yang semakin mencengkam parti UMNO.

3.3 Daim Zainuddin turut menyebutkan bahawa rasuah politik berlaku akibat persaingan terlalu sengit semasa pemilihan Presiden UMNO pada 24 April, 1987, di antara Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menentang Dr. Mahathir Mohamad. Daim tampil membantu dan membiayai kempen-kempen Dr. Mahathir pada saat-saat akhir. Akhirnya, Dr. Mahathir memenangi jawatan Presiden UMNO dengan memperolehi majoriti tipis 43 undi iaitu Dr. Mahathir memperolehi 761 undi dan Ku Li memperolehi 718.

4. Apakah hukuman ketika ini memadai?

4.1 Setakat ini, hukuman berpilih-pilih atau berbeza-beza. Keputusan Lembaga Disiplin tidak konsisten, akauntabiliti, dan integriti dari aspek hukuman. Mereka yang turut didakwa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pula boleh bertanding, selagi belum didapati bersalah.

5. Apakah bentuk hukuman/undang-undang setimpal kepada “pesalah”?

5.1 Ini merupakan satu aktiviti jenayah yang menjijikan. Mereka yang didapati bersalah dan disabitkan melanggar peraturan parti dan digantung keahlian wajib meletakkan jawatan sebagai Menteri ataupun apa jua jawatan politik dan kerajaan yang disandang kerana dianggap mencemar dan suatu skandal memalukan. Contoh di dalam negara sebelum ini, boleh dijadikan pengajaran bahkan peristiwa skandal yang berlaku di negara-negara lain mampu menjadi ikhtibar dan teladan. Saya ingin tegaskan dan pertahankan di sini ialah maruah diri dan negara mesti dijaga.

5.2 SPRM wajib menjalankan penyiasatan dan pendakwaan serentak ke atas semua calon dan wakil calon yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, dihukum sekeras-kerasnya. Hukuman penjara hendaklah dikenakan. Mereka turut dilarang bertanding sama sekali. Pemilikan “harta”, akaun dan syer dirampas atau dibekukan dan ditahan passport antarabangsa untuk tempoh tertentu. Pada mereka yang menerima suapan sukarela wajar digantung keahlian, buat seketika dan jika didapati berulang, tindakan pemecatan dan larangan bertanding di peringkat parti atau pilihanraya adalah dilarang keras dan terbatal.

6. Implikasi jangka panjang suasana politik negara jika tidak dibanteras

6.1 Akan terjadi kemusnahan di dalam pentadbiran dan sistem kerajaan. Aktiviti rasuah akan menjalar ke seluruh lapisan atau peringkat jabatan dan institusi. Sejarah membuktikan, kerajaan yang kuat seperti empayar Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah akhirnya tumbang angkara perbuatan yang keji termasuklah isu “politik habuan” tersebut.

6.2 Persepsi rakyat terhadap aspek kepimpinaan yang dicemari dengan aktiviti kotor dan berpura-pura, akhirnya rakyat tidak bebas untuk menyumbang di dalam pemilihan kepimpinan secara jujur dan beramanah. Rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap politik. Politik berterusan dan tetap dianggap “kotor” dan menjijikan.

6.3 Akan wujud kelompok negarawan Negara yang dilahirkan melalui aktiviti rasuah. Maka tercetuslah istilah “tokoh negarawan elit dan bapa rasuah”.

7. Kesan kepada Negara di mata Dunia

7.1 Malaysia tidak akan dihormati sebagai negara yang bersih daripada gejala rasuah. Nanti akan wujud gambaran, semua urusan untuk mudah mestilah dengan cara menrasuah pegawai tertentu.

7.2 Menurut Transparency International, dalam senarai indeks terbaru rasuah, kedudukan Malaysia merudum ke tangga 47 dari 180 buah negara setelah berada pada tangga ke 43 pada tahun 2007. Politik wang memungkinkan memburukkan keadaan ini.

7.3 Malaysia dianggap mempunyai “a lower quality of politicians and lower standards of political behaviour”.

7.4 I think, Malaysia has more chances of becoming a first hopeless country in the world.

8. Cara-cara Mengatasi Politik Wang di dalam Negara

8.1 Kesedaran ahli politik untuk berjuang secara ikhlas, jujur, tegas dan bersih. Adakah kepimpinan tertinggi UMNO mempunai komitmen dan iltizam politik (political will) untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini sehingga ke akar umbi?

8.2 Kesedaran ahli parti dan orang ramai (rakyat) tidak bersetuju serta menolak sejauh-jauhnya gejala tersebut.

8.3 Hukuman yang setimpal dan seadil-adilnya dilaksanakan

9. Kesimpulan dan cadangan

9.1 Kajian-kajian ilmiah oleh pensyarah-pensyarah sains politik hendaklah dilakukan, diterbitkan dan dibukukan untuk generasi akan datang, melihat isu ini untuk bahan perbincangan dan kesedaran politik sebenar. Kita perlu mengetahui siapa watak awal pencetus politik wang. Dakwaan melulu tidak bersifat ilmiah. Kita tidak mahu melihat sesuatu yang berlaku sebagai satu proses ‘episode’ atau cerita ‘sensational’ sahaja. Pembangunan sebuah negara memerlukan pemimpin dan kepimpinan yang bersih, sihat, matang, cerdik, berkebolehan, berkemampuan dan berkredibiliti dalam mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. We elect politicians and political parties expecting them to act in the public interest rather than their own goals.

9.2 Realitinya, politik wang mestilah dibanteras dan diperangi habis-habisan dalam apa jua bentuk seperti yang aku sarankan di perkara 5.

9.3 Di universiti, perbincangan politik hendaklah dilakukan secara terbuka dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) yang membendung dan mengongkong aktiviti pelajar dan pensyarah di semua peringkat pengajian tinggi hendaklah dimansuhkan serta merta. Saya sendiri tidak faham, apakah dengan cara mengawal semua pergerakan pelajar akan mendorong mereka menjadi kreatif, mempunyai nilai profesionalisme dan keterampilan? Mereka akan hanya larut, hanyut dan turut mengikut rentak, suasana dan terbelenggu serta terjebak dengan politik wang. Suasana yang ada tidak akan berubah.

9.4 Peranan alim ulama atau ahli agama mesti tampil dan turut berani bercakap menangani isu politik dan menyaran sesuatu yang bermakna kepada orang ramai peri pentingnya kesedaran berpolitik yang bersih dan pengurusan hal ehwal negara ditadbirkan oleh pemimpin yang bersih, ikhlas, amanah dan menurut pandangan agama.

Admin : Artikel ini ditulis oleh Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Warkah Dari Seberang  

Admin : Berikut disiarkan warkah yang diltulis oleh Pengarah MTD, Hj Razali yang dikirimkan melalui mel elektronik. Warkah ini sudah beberapa ketika dikirimkan, tetapi dengan kesibukan masa dan tugasan yang banyak, ianya sedikit terlewat. Maaf...

Assalamualaikum, wrbth.

1. Sepanjang ke bulan tiga saya di sini, pelbagai peristiwa, isu, tragedi menimpa dalam konteks jemaah dan perjuangan. Moga-moga sdr dan sekalian sahabat sentiasa memerhatikan suatu peristiwa yang berlaku dgn penuh minat, sabar, tawakkal dan teguh dgn emosi yang sentiasa stabil. Semua perkara yg berlaku jua dgn izinNya.

2. Mudah-mudahan sdr juga cekal, dan sentiasa mencari ruang utk memperkemaskan agenda dan arah perjuangan.

3. Saya rasa sedih dan simpati kerana melihat dari jauh apa yang berlaku sejak-sejak akhir ini yg melanda tanah air kita dan jemaah, pilihanraya kecil, karenah Ibrahim Ali, isu EXCO selangor & Kedah, kematian MP Bukit Gantang termasuk kerajaan Perak & MBnya.

4. Saya juga terasa amat sedih kerana tidak mampu bersama-sama sdr dan sahabat utk terlibat dgn jasad, roh dan pemikiran kerana masih berada di sini.

5. Saya mungkin akan berada lebih lama sehingga tahun hadapan dan nampaknya, mesyuarat agung kawasan tahun ini, saya juga akan terlepas hadir dan saya doakan ianya berjalan dgn baik.

6. Ini juga bermakna, jawatan yang saya sandang, akan berakhir sehingga mesyuarat kawasan yg akan menjelang.

7. Saya rasa wajar dilantik tenaga dan pemimpin baru, dan jika sdr ada kesempatan, bolehlah majukan perkara ini kpd pimpinan kawasan yg ada kini atau yg akan memimpin kawasan sesi selanjutnya. Saya rasa kurang manis saya memegang jawatan tanpa melakukan sesuatu kerja.

8. Saya rasa sdr mampu utk melakukannya dgn bantuan dan kerjasama teman-teman yg lain.

9. Saya doakan sdr sentiasa istiqamah dgn segala cubaan dan ujian yg mendatang. Saya rasa terhibur juga dgn macam-macam e-mel yg dihantar dan dgn membaca blog sedia ada, khususnya Jeramkini yg diselenggara oleh sdr Khairol.

10. Kirim salam saya kpd semua AJK MTD Jeram dan saf kepimpinan Kawasan.

Yang ikhlas,

Razali

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Buka Pintu Jihad, Baitulmaqdis Milik Umat Islam Dunia - Presiden PAS  

KUALA NERUS,13 Feb - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.

Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.


Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik. - harakah

Sumber : Laman Rasmi Presiden PAS

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Tazkirah : Golongan Yang Membisu Terhadap Kemungkaran  

Firman Allah SWT menerusi ayat 54 Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Bunuhlah diri kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani."

Ia berlaku dalam satu peperangan yang dijadikan Allah SWT dan mengikut riwayatnya, mereka tidak sanggup melihat muka masing-masing. Akhirnya Allah SWT jadikan

gelap, dengan it mereka mengamuk antara satu sama lain tanpa ada sebarang perasaan belas kasihat lagi.

Riwayat pula menyebut, yang tidak menyembah patung anak lembu memegang senjata lalu membunuh mereka yang menyembah patung tersebut.

Riwayat yang terdahulu daripada itu menyebut, bahawa orang yang meyembah dan tidak menyembah patng tersebut kedua-dua belah pihak terkena hukuman belaka.

Sebab apa mereka semua dikenakan hukuman? Sebab yang jelas ialah kerana mereka tidak menyebah patung dan keana mereka berdiam diri dengan terlibat menyekutukan Allah dengan menyembah patung tersebut.

Firman-Nya lagi dalam ayat 79 surah al-Maidah yang bermaksud : "Mereka sentiada tidak berlarang-larang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereke lakukan. Demi seseungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan."

Mereka mendiamkan diri terhadap kemungkaran tersebut. Mereka tidak setuju tetapi hanya sekadar benci di dalam hati sahaja. Oleh kerana itulah kepada umat Nabi Muhammad ini, baginda s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." Mengikut satu riwayat laind an tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi.

Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku. Berhubung dengan ini, ada ulama mentafsirkan mengubah dengan tangan ini ialah mengubah dengan kuasa kerajaan terhadap rakyatnya.

Apabila kerajaan itu melihat kemungkaran berlaku dan mestilah mengubah kemungkaran itu dengan kuasa yang ada padanya kecuali kalau kerajaan itu sendiri yang melakukan kemungkaran (atau menyuburkan pelbagai kemungkaran).

Kalau tidak berupaya dengan tangan, maka hendaklah mencegah kemungkaran ditu dengan lidah. Mencegak kemungkaran dengan lidah ini menjadi tanggungjawab dan

kewajipan para ulama yang tahu hukum Allah. Mereka tidak boleh mendiamkan diri atau sekadar benci dalam hati sahaja.

Yang mencegak kemungkaran di dalam hati ialah orang yang tidak tahu bagaimana cara berhujah dengan orang yang terlibat dengan kemungkaran. Kalau mengerti berhujah, maka menjadi tanggungjawab kepada orang yang berkenaan untuk berhujah.

Berilmu di sini bukan bererti menimba ilmu sebanyak-banyaknya sampi bertaraf ulama atau sampai ke peringkat dapat mentafsirkan al-Quran, tahu menguasai baha al-Quran sehingga dapat membezakan hukum-hukum dalam al-Quran dengan jelas, baru kboleh kita berhujah dengan manusia.

Sekurang-kurangnya kita boleh memberi nasihat mengikut kadar ilmu masing-masing termasuk mengubah dengan lidan dan tulisan. Kalau tidak mampu dengan itu semua, maka barulah benci di dalam hati.

Umpamanya, dia tidak ada daya dan kemampuan, maka ketika itu dia hendaklah benci di dalam hati dan melahirkan perasaan kebenciannya terhadap kemungkaran yang berlaku.

Cara kita tidak setuju kemungkaran bermacam-macam, seperti kita melakukan pemulauan, tidak menegur mereka yang terlibat atau seumpamanya yang menunjukkan kita tidak setuju dengan kemungkaran yang dilakukan. Inilah cara yang diajar oleh Islam dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Yang terpilih masih buruk akhlaknya

Tidak ada sebarang penentangan daripada Bani Israil apabila melihat ada di kalangan kelompok mereka menyembah lembu yang dibuat oleh Musa as-Tsamiri.

Mereka berdiam diri terhadap kemungkaran yang dilakukan itu kerana mereka menjadikan keluarga sebagai asas kepada tidak perlunya sebarang pencegahan atau larangan terhadap perbuatan tersebut.

"Bagaimana mahu menetang mereka kerana mereka adalah puak kita, kalau Firan melakukannya barulah kita tentang. Ini bukan Firuan tetapi Bani Israil, orang kita," mungkin inilah antara hujah mereka dalam masalah ini.

Kalau kita kaitkan dengan orang Melayu pula, kita mungkin akan berkata: "Tidak boleh marah kepada orang Melayu sebab mereka sebangsa dengan kita, lainlah kalau mereka bangsa lain." Inilah umpanaya perangai Bani Israil, mereka mendiamkan diri apabila mereka melihat kemungkaran itu berlaku dalam kelompok mereka.

Dengan sebab itu, Allah SWT mendera atau meghukum mereka dengan hukuman yang layak dengan perbuatan mereka iaitu dengan cara mereka membunuh anatar satu sama lain sehingga Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah (bermunajat kepada Allah) apabila mayat bergelimpangan, mengikut riwayatnya sampai 70,000 orang mati di dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu.

Nabi Musa bermunajat kepada Allah supaya mengampunkan dosa mereka sambil berasa sedih melihat keadaan mayat-mayat tersebut.

Allah SWT mengampunkan dosa mereka dan yang mati disifatkan sebagai mati syahid lalu mereka masuk syurga. Manakala yang masih hidup diampunkan dosa-dosa mereka. Firman Allah SWT menerusi Ayat 54 Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihani."

Allah menceritakan tentang kedegilan nenek moyang Bani Israil supaya kaum itu mengingati kedegilan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan ketika kamu

berkata kepada Nabi Musa a.a : Di mana mereka berkata, inilah kaum Nabi Musa iaitu 70 orang yang telah dipilih olehnya supaya mengikutinya pada masa bermunajat kepada Allah SWT. Mereka inilah yang terpilih di kalangan Bani Israil tetapi sayangnya yang terpilih inipun perangainya masih buruk.

-daripada buku 'Umat yang dimurkai' Kuliyyah tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, muka surat 8-15, cetakan 1998-

Sumber : Laman Rasmi Presiden PAS

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Bubarkan DUN Perak, Kembalikan Hak Rakyat  



Rakyat menjadi mangsa kerakusan UMNO/BN

PAS Jeram menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membubarkan DUN Perak sejajar dengan prinsip demokrasi yang selama ini diagungkan oleh pihak UMNO dan BN sendiri. Tindakan ini bukan sahaja dilihat sebagai ketempangan sistem demokrasi yang amat dahsyat malah turut mencemarkan institusi diraja sebagai penaung Melayu dan ketua Agama Islam. Baca kenyataan penuh Tuan Guru Presiden:

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Perutusan Hari Raya Eidul Adha 1429H  

Dengan kesempatan Hari Raya Aidul Adha yang menjelang tiba pada Isnin ini, 10 Zulhijah 1429 hijriah bersamaan dengan 8 Disember 2008, saya dan sekeluarga mengucapkan selamat berqurban kepada teman-teman yang melaksanakan ibadat ini khususnya kepada ahli kariah di Bandar Puncak Alam Fasa 1, teman-teman di Fasa 2, 3, Shah Alam 2, Saujana Utama, Seri Pristana, Felda Bukit Cherakah serta penduduk kampung di Mukim Jeram, seperti Kg. Bukit Hijau, Parit Mahang, Bukit Kuching, Bukit Cheraka, Tambak Jawa, Bukit Kerayong, Batu 18 -20, dan di Sg Sembilang.

Saya doakan semoga Hari Raya Qurban ini kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Hayatilah pengorbananan yang telah dilalui oleh Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan tuntutan dan hak Allah s.w.t. walaupun jalannya begitu getir dan terpaksa melalui kesusahan dan keperitan hidup. Insafilah perjalanan seerah perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t. ini walaupun dibenci dan diperangi oleh musuh musyrikin.

Istilah Qurban berasal dari kata “qoruba” yang ertinya dekat. Menyembelih binatang yang disyariatkan menuntut kita menginsafi betapa Allah s.w.t. menganugerahkan kurniaan yang tidak terhingga banyaknya dan sewajarnya setiap tahun setiap daripada kita yang mampu, menunaikan tanggungjawab ini dan secara langsung memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial dan keadilan di dalam masyarakat setempat.

Perayaan Aidul Adha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berqurban dan daging qurban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang berada. Manfaatkanlah empat hari tersebut untuk memuji Allah s.w.t. Sentiasalah kita membesarkan Allah s.w.t.dan janganlah kita membesarkan dan mengagungkan “kebendaan” yang pada hakikatnya tiada nilai di sisi Allah Rabbul Jalil dan tidak akan memberi manfaat langsung di hari akhirat.

Marilah kita terima seruan tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya semata-mata.

Allahu akbar,Allahu akbar walilla hilham.

Yang Faqir,

Hj. Razali Bin Tumirin
Pengarah MTD Jeram

Nota Admin : Dikesempatan ini juga pihak Jeramkini juga ingin mengucapkan Selamat Berqurban sempena Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca yang memberikan sokongan kpd blog ini. TQVM

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Perjuangan Bukan Dihampari Permaidani Merah  

'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma' dan qias.

PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk

"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.

Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT

Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.

Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa'ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya': 105 "Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh."

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

Ustaz Idris Ahmad
Setiausaha
Majlis Syura PAS

Dipetik : HarakahDaily.net

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Pendapat : JeramKini Satu perspektif  

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada panel JeramKini yang telah dibangunkan baru-baru ini. Ia merupakan satu langkah positif dan prokatif pihak Pakatan Rakyat dalam penyebaran maklumat di zaman ICT dewasa kini.

Jika dirujuk dalam harakah keluaran 21-23 November 2008, m/s N4, dalam analisa "Memahami Citarasa 2 Juta Pengundi Baru" yang antara lain mereka iaitu pengundi baru ini terdedah kepada maklumat terkini bergantung kepada kepelbagaian infrastruktur ICT. Ini termasuklah blog, website, youtube, facebook dan lain-lain media terkini.

Media-media baru ini semakin matang dan evolusi terkini ialah media-media sudah mula berhubung(connected ) antara satu sama lain. Pemikiran pengundi baru sudah tidak lagi dibentuk dari oleh media tradisional seperti akhbar harian dan TV semata-matanya lagi. Mereka sudah mula berubah kepada media alternatif.

Oleh yang demikian, dengan lahirnya JeramKini, ia sebagai menyahut cabaran kita bagi pengurusan maklumat terbaik dari rakyat untuk rakyat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi beberapa pandangan bagi melihat JeramKini memainkan peranan yang penting dalam DUN Jeram yang kita sayangi seperti dibawah.

1. Jadikan modus operandi JeramKini seperti mana yang dibuat oleh Malaysiakini. Ianya memberi maklumat terkini dan terpantas dalam DUN Jeram. Maklumat adalah dari semua aspek berita tidak kira apa sahaja, tidak kira berita dari Pakatan rakyat ataupun tidak. Walaubagaimanapun berita dari Pakatan Rakyat perlu merupakan tunjang kepada berita yang di hidangkan kepada pencari-pencari maklumat DUN Jeram.

2. Jeramkini juga boleh dijadikan pemantau kepada Majlis Daerah Kuala Selangor MDKS bagi tugas-tugas yang melibatkan penduduk di kawasan DUN Jeram. Ini melibatkan pemantauan dari segi pengurusan infrastruktur setempat seperti masalah rumput panjang, longkang tersumbat, sampah yang tidak diangkat dan lain-lain. Jeramkini juga boleh mendapat maklumbalas dan info-info terkini dari MDKS bagi makluman penduduk DUN Jeram.

3. Jeramkini juga boleh melantik pemberita atau "reporter " di zon-zon yang telah diadakan bagi mendapat berita yang terkini. Mungkin boleh difikirkan bayaran yang boleh dibayar kepada laporan-laporan yang akan disiarkan oleh JeramKini. Mungkin RM 1 bagi satu artikel buat permulaan.

4. Jeramkini boleh mula memikirkan untuk mencari pengiklan/usahawan/ peniaga yang mahu menaja JeramKini dan pada masa yang sama mengiklankan barangan/perkhidmatan mereka dalam JeramKini. Untuk melariskan website JeramKini maka, Jeram kini perlu mendapatkan pelawat-pelawat Cyber semaksimum mungkin.

5. Pelbagai info-info yang penting berhubung DUN Jeram boleh dimasukkan ke dalam JeramKini umpamanya alamat dan no tel badan-badan kerajaan di dalam DUN Jeram ie Balai Polis, Bomba, dan lain-lain lagi. Ianya sebagai one stop information centre kepada penduduk di DUN Jeram.

6. Terdapat pelbagai isu dan berita yang telah dimuatkan dalam akhbar-akhbar harian. Satu folder berkisarkan keratan akhbar perlu ada dalam JeramKini bagi mengumpul keratan-keratan akhbar ini sebagai rujukan di masa hadapan.

Banyak lagi yang saya ingin cadangkan kepada JeramKini. Sebelum saya meneruskan cadangan saya ini, lebih baik saya buka untuk pandangan dan idea yang positif dan proaktif bagi mencapai maksud penyebaran maklumat yang lebih bermaruah dari pakatan rakyat kepada sahabat-sahabat dalam BA_KualaSelangor.

Sekian, terima kasih.

Nota : Penulis merupakan salah seorang aktivis PAS yang bergiat cergas di salah sebuah UPU di DUN Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Tazkirah : Pembinaan Peribadi Di Era Kemenangan  

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat.

Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada.

Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah:

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar r.a bermaksud

Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT

B. Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah s.a.w. dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut.

Baginda s.a.w. melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad s.a.w.

Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jamaah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak.

Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.

Firman Allah SWT

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?" (al-Baqarah: 44)

Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang

-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka

Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.

-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah

-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

Oleh :
Ustaz Idris Haji Ahmad
Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS Pusat
http://idrisahmad.wordpress.com/

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Muhasabah : Haji Dekatkan Hamba Kepada Allah  

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat berangkat ke tanah suci Mekkah dan Madinah bagi menunai dan melengkapkan rukun Islam kelima, pemergian mereka membuktikan bahawa keredaan Allah, segala amal ibadat serta dosa-dosa dapat diampunkan Allah SWT bagai anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibunya.

Apabila tiba musim haji, saban tahun pengunjung Baitullah dari pelbagai ceruk dunia datang tanpa mengira pengorbanan wang ringgit walau terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana atau miskin, ini tidak lain agar seluruh amalan dierima sebagai amal-amal yang soleh di sisi-Nya, Allah adalah segala-gala untuk dihadapkan ketundukan, kepatuhan hanya kepada-Nya.

Mereka datang dengan mengharungi pelbagai kesulitan dan kepayahan, sama ada kesulitan semasa sebelum berangkat, dalam perjalanan mahupun semasa berada di Tanah Suci, namun itu semua dapat diatasi dengan baik kerana matlamat mereka adalah untuk meraih keredaan Allah SWT.

Apapun, persoalan selepas mengerjakan fardu haji kurang diberi perhatian, ramai di kalangan para jemaah termasuk yang kali kedua dan ketiga masih terus melakukan perkara yang boleh menghalang haji mabrur setelah kembali ke negara masing-masing, mereka mengulangi perbuatan yang sama sebelum berangkat ke tanah suci, apabila dilihat dari satu sudut, rasa rugi terlintas di kepala kerana apa yang dilakukan semasa berada di sana bagaikan sia-sia.

Sebenarnya mereka kurang ilmu berhubung dengan amalan yang sepatutnya dilakukan selepas haji, ataupun tiada maklumat mengenai petua yang sepatutnya menjadi teras kepada amalan harian selepas bergelar haji, justeru, pada ruangan konsep agama kali ini, penulis cuba merungkai persoalan tanda penerimaan haji atau lebih dikenali dengan haji mabrur.

Perhimpunan jutaan manusia di kalangan jemaah di Padang Arafah bagaikan perhimpunan di Padang Mahsyar ketika manusia menunggu giliran amalan mereka diperhitungkan Allah, sama ada dimasukkan dalam syurga atau neraka, begitu juga ketika mengelilingi Kaabah agar merasakan kepayahan yang pernah dilalui oleh isteri Nabi Ibrahim iaitu Hajar yang berulang alik antara bukit Sofa dan Marwah dengan mendakapnya Ismail, membuktikan kecintaan mendalam terhadap Allah SWT.

Apa yang penting untuk dikongsikan di sini, apabila pulang ke tanah air, semestinya setiap jemaah lakukan perubahan diri dari sudut penampilan, cara bercakap, gaya hidup, cara berfikir, berpakaian dan lain-lain memperlihatkan kelainan sebelum menunaikan fardu haji, ia penting bagi memastikan haji yang telah terlaksana benar-benar diterima Allah sekali gus meraih haji mabrur.

Perkara-perkara yang perlu dipelihara ketika dan selepas menunaikan fardu haji : � Seseorang itu perlu merasakan bahawa hajinya diterima Allah ketika mula-mula sampai di hadapan Baitullah, memohon keampunan Allah terhadap segala dosa yang telah dilakukannya, sama ada disedari atau tidak. � Menumpukan segala perhatian terhadap pelaksanaan ibadat haji, seolah-olah memutuskan hubungan dengan isi kandungan dunia yang melalaikan, terutama ketika berdepan dengan Baitullah, di padang Arafah, memakai ihram dan lain-lain, bagaikan sedang berada di padang Mahsyar sedang menunggu giliran untuk dihisab segala amalan. � Memasang cita-cita untuk mendapatkan rahmat kasih-sayang Allah dengan hati yang penuh mengharap. � Sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dengan reda melakukan segala suruhan-Nya dan bersedia meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya di samping memperbanyak amalan-amalan sunnat. � Beriltizam dengan wirid dan zikir harian daripada ayat-ayat al-Quran, terutamanya Ma�thurat. � Sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah. � Sanggup untuk menangis kerana takutkan Allah, khusuk ketika solat dan terasa (berbekas hati) dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. � Bergaul dengan orang-ramai dengan baik dan membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. � Menitik-beratkan persoalan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan prihatin kepada golongan yang susah. � Suka bersedekah kepada golongan fakir dan miskin. � Menyegerakan hajat orang-ramai serta mencari jalan menyelesaikan masalah mereka. � Mengasihi anak-anak yatim dengan menghulurkan bantuan buat mereka. � Menyembunyikan perkara baik yang dilakukan, sama ada buat diri sendiri atau orang lain serta menjauhkan diri dari terjebak kepada suka menunjuk-nunjuk (riya�), kerana ia akan menghilang rasa ikhlas kepada Allah. � Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan berusaha untuk mendapatkan keredaan mereka. � Menjauhkan diri dari melakukan sifat-sifat terkeji yang menyalahi tuntutan agama, malah berusaha mempersiapkan diri dengan sifat-sifat terpuji. � Menghindar diri dari terjebak dalam perkara syubhat yang boleh membawa kepada yang haram. � Bersikap lemah-lembut dan sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan karenah manusia yang menjadi sasaran untuk berdakwah. � Memuhasabah terhadap kekurangan diri dengan segala kebaikan yang dilakukan. � Bertambah sifat zuhud di dunia, mementing dan melebihkan akhirat, menguasai naluri, perasaan dan jiwa, bertambah takut kepada Allah adalah di antara tanda haji seseorang itu diterima di sisi-Nya. � Tidak mengulangi perbuatan yang kurang baik menurut pandangan agama seperti duduk lama berjam-jam di kedai-kedai kopi dengan berbual pada perkara yang sedikitpun tidak menguntung agama, negara dan masyarakat.

Apabila seseorang itu dapat berpegang kepada maklumat dan panduan di atas, pasti Allah tidak menghampakan permohonannya untuk meraih haji yang mabrur, Insya Allah, Amin. - lanh _

Dipetik dari : Harakahdaily

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button