Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

En Maskor Rasmi Majlis Berkhatan  

En Maskor Tumiran menyampaikan cenderahati kepada semua peserta.

22 November 2008 : Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor Tumiran sudi merasmikan Majlis Berkhatan anjuran bersama Surau At-Taufiqiyyah dan Persatuan Penduduk Shah Alam 2 hari ini. Kehadiran beliau menggantikan YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat datang atas nasihat doktor disebabkan masalah kesihatan.


Selaku pegawai khas kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Maskor dalam ucapannya menyebut bahawa pihaknya amat komited terhadap segala usaha Pakatan Rakyat untuk melaksanakan manifesto terhadap Kuala Selangor khususnys. Antara langkah awal ialah penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen yang terletak Taman Bendahara, Kuala Selangor untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum di sini.

Beliau juga turut memuji penganjur program atas usaha murni ini dan dalam keadaan berseloroh menyifatkan program sebegini bukan sahaja boleh merapatkan hubungan sesama penduduk, malah juga boleh menjimatkan kos di kala kegawatan ekonomi global kerana dilakukan secara beramai-ramai.

Majlis khatan akan bermula pagi esok (23 November 2008)
seawal jam 7.30 di Klinik Shamsara, Puncak Alam.



Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

0 Komentar

Post a Comment