Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Lawatan Singkat Datuk Dr. Hassan Mohammed Ali Ke UK  

Saya dan teman-teman berkumpul di Manchester di rumah saudara Jufri pada hari Sabtu, 28 Mac, 2009, berpeluang mendengar penerangan, taklimat dan penjelasan daripada YB EXCO Selangor, Dr Hassan. Program dapat dilangsungkan agak lewat hampir jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam.

Beliau singgah ke UK untuk beberapa hari setelah selesai rangka lawatan kerja di Holland, sebelum berangkat kembali ke tanah air. Sebelum ke Manchester, beliau bersama empat ahli rombongan, termasuk isteri sempat berkunjung dan beramah mesra dengan para pelajar Melayu dan mereka yang bekerja di Sheffield dan Glasgow.

Ada dua sesi iaitu khas (tertutup) dan umum. Sesi khas mengenai rancangan pembangunan negeri, aktiviti parti dan hubungan parti di dalam Pakatan Rakyat (PR). Sesi umum lebih bercorak berkongsi pengalaman kehidupan sebagai seorang pelajar, motivasi diri dan keluarga.

Saya ingin menyentuh taklimat dan perbincangan umum. Nasihat dan teguran adalah seperti berikut:-

Mesti menyedari masing-masing diri melaksanakan tugas, fungsi dan maksud sebenar khalifah Allah. Saya menyedari dan pernah mendengar kali pertama kalimah khalifah Allah disebutkan, semasa beliau berkhutbah di Masjid As-Syakirin, Gombak, selepas beberapa minggu Pakatan Rakyat (PR) dapat membentuk kerajaan di Selangor. Inilah juga kali kedua saya dapat mendengar ulasan beliau di Manchester ini dan rupa-rupanya inilah yang sering diucapkan oleh beliau semasa berkhutbah di mana-mana masjid di negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, orang ramai masih salah faham tentang maksud khalifah, walaupun ramai orang dan pemimpin-pemimpin UMNO yang besar dan kecil sering menyebut perkataan khalifah Allah, bahkan ada di antara penulis blog yang menyebelahi perjuangan UMNO mempunyai tafsiran sendiri dan tetap prajudis dengan maksud khalifah Allah yang dimaksudkan oleh PAS.

Beliau tidak memaksudkan bahawa kalimah ini digunakan dan disabitkan dengan perjuangan PAS, kerana pada konteks sebenarnya, perjuangan untuk untuk menjaga agama adalah lebih besar daripada maksud ‘to exercise the politicking rights, under the political symbol’. Ini bukan sentimen politik.

Menurut beliau, selama ini tiada siapa yang bersungguh-sungguh untuk mengingatkan kita, bahawa kita bertanggungjawab untuk menjaga agama Allah. Mengikut tafsiran sebenar, maksud khalifah Allah ialah selain menolong agama Allah, ianya juga mencangkupi persoalan menegakkan nilai akhlak Islam, sistem dan perundangan Allah, berjihad dan berdakwah dalam konteks hidup dan perjuangan Islam seperti mana yang telah dilalui oleh para Rasul. Ini merupakan jawatan hakiki dan tradisi yang wajib diteruskan.

Selama ini, kita masih dikongkong dengan istilah falsafah ‘profesionalisme’, dianggap khalifah Allah iaitu apabila kita berjaya menjadi seorang doktor, jurutera, guru, pensyarah atau ahli korporat. Sebenarnya, ini hanyalah urusan antara manusia hendak menjaga manusia. Kerja yang berdasarkan jawatan hanyalah satu manisfestasi atau satu aspek untuk maksud meneruskan kelangsungan kehidupan manusia.

Perkara yang sepatutnya diterokai secara terperinci ialah maksud penerusan perjuangan, mengingatkan persoalan hukum-hakam, dosa dan pahala. Kita boleh tanya diri kita masing-masing; contohnya, adakah sekadar bekerja seperti makan gaji dengan keluar pagi dan balik petang saban hari, tanpa mengindahkan solat, atau solat berjemaah, langsung tidak pergi ke kelas-kelas pengajian untuk mengaji atau mempelajari Islam, atau tidak mendengar kuliah, tidak bersama-sama menyertai program menegakkan makruf dan mencegah munkar, sudah memadai untuk diklasifikasikan sebagai khalifah. Dirasakan ini tidak memadai. Pendekata, apa yang kita lakukan selama ini adalah untuk maksud maslahat manusia dan bukan terhenti dan terbatas di situ sahaja. Sebabnya, apabila kita bertugas mengikut profesion, ada masa untuk bersara atau berhenti. Apabila seseorang bersara ketika umur 58 tahun, maka maksud khalifah itu akan berhenti. Selepas itu, barulah kita fikirkan untuk pergi ke surau, bermain golf atau buka ‘business’ atau hendak berkahwin lagi. Namun, hakikatnya matlamat untuk mencari jalan Allah masih jauh.

Beliau menegaskan kerja khalifah Allah tidak berpencen, mesti diteruskan, walaupun umur sudah lanjut, asalkan hayat masih di kandung badan. Alim ulama yang faham tetap konsep khalifah Allah, ada sesuatu yang dilakukan untuk menolong dan menegakkan agama Allah, umpamanya, tetap terus mengajar ilmu dan menulis buku atau mengarang, sampai hayatnya berakhir.

Orang bukan Islam, walaupun hebat ilmunya dan banyak memberi manfaat kepada manusia lain dengan jawatannya turut begitu hebat, namun di sisi Allah bukan disebut khalifah kerana mereka terabai dan mengabaikan asas dan prinsip mendaulat hak Allah dan memperjuangkan agamaNya yang sebenar. Di akhirat nanti, mereka akan diazab kerana tidak beriman dan beramal dengan amalan Islam. Amalan Islam turut menyentuh isu perjuangan jihad dan dakwah atau menyeru manusia ke jalan yang benar dan perjuangan Islam.

Beliau menegaskan betapa semua orang yang Islam mesti membuka minda untuk mencintai dan membela Islam dan perjuanganNya. Islam mempunyai kaedah yang tersendiri. Beliau mengajak semua agar menyertai jemaah dan berjuang dalam satu pasukan.

Saya setuju kita mesti menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan memberi rahmat kepada sekian alam. Kerosakan dan kepincangan akhlak yang berlaku sekarang adalah akibat aktiviti manusia yang durjana, ditambah dengan sistem, pelaksanakan undang-undang, pengurusan, dan pentadbiran negara yang tidak digariskan untuk menunaikan roh dan matlamat Islam.

Beliau menasihati para pelajar yang dihantar dengan bantuan biasiswa kerajaan atau penyumbang yang lain, sematlah diri untuk mengurus manusia dengan sempurna setelah tamat belajar dan bertugas nanti. Ini adalah memberi erti memenuhi tuntutan ibadat yang bersifat umum. Pada masa yang sama, semua orang boleh terlibat untuk merubah sistem dan prosedur selari dengan pegangan agama. Bukan tujuan kita hendak menyatakan, semua perkara yang dilakukan selama ini tidak bersifat Islamik dan tidak ke arah taqwa atau menafikan atau menghargai sumbangan dan jasa pemimpin terdahulu, namun proses untuk penambaikan mesti dilakukan sesuai dengan peredaran zaman. Kita mesti mempunyai nilai “changes and transformation”. Tugas profesion mesti beriringan dengan tugas menegakkan Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS bukan untuk perjuangan politik atau kepartian, tetapi hakikat sebenarnya ialah untuk menyelamatkan aqidah, agama, keselamatan dan mengangkat martabat agama. Ini bukan urusan muslihat politik dan berkepentingan politik.

Beliau meminta semua agar memantapkan ‘human relation’ dalam keluarga dan masyarakat, mempelajari public speaking, memperbanyakkan menguasai pelbagai bahasa, menjaga kesihatan, meningkatkan keintelektualan, ibadat khusus, berdoa dan menangis di hadapan Allah untuk memperbaiki diri yang serba lemah ini.

Rumusannya, everybody must be excellent into two arenas; khalifah Allah and profession. Hidup mesti meaningful, not meaningless, got enormity or equilibrium in life.

Admin : Laporan ringkas disediakan oleh Hj Razali Tumirin, Pengarah MTD.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang  

Semangat Abang Arrifin mengalahkan orang muda.
Album penuh di sini.


Rakaman video menarik.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P 059 Bukit Gantang  

Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 2009

1. Pendahuluan

1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak.


1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

2. Kenapa PAS wajar menang majoriti besar

2.1 Akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak secara kesuluruhannya. Jika PAS memenangi pilihanraya kecil ini akan memberi kesan negatif kepada bakal PM dan jentera UMNO dan BN seterusnya. Ini bermakna para pengundi tidak mudah ditipu. Kemenangan PAS akan mendorong dan meningkat moral sokongan rakyat di semua lapisan peringkat dan negeri-negeri lain kerana rakyat boleh berubah haluan menyokong parti lawan.

2.2 Untuk memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti adalah suatu ‘indication’ bahawa rakyat menolak pemainan “politik pintu belakang” yang diamalkan oleh BN. Rakyat Perak perlu menebus kembali maruah dan harga diri mereka. Kerajaan yang naik secara permainan politik kotor secara merampas kuasa dan seterusnya mentadbir negeri secara tidak demokratik sewajarnya dihukum oleh pengundi yang bermaruah. Ini adalah merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi, wajar dipulihkan.

2.3 Sejarah kemenangan BN sehinggalah pada 8 Mac, 2008 dianggap “a strong UMNO seat”, namun dapat dirampas oleh PR, maka pilihanraya kecil ini akan membuktikan rakyat tetap menolak UMNO/BN selama-lamanya.

2.4 Pertembungan dan Pertempuran di Bukit Gantang nanti bukannya suatu yang mudah, setelah BN kecundang di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, maka berbekalkan kepada momentum terkini, dipercayai rakyat tidak akan tunduk dengan ugutan dan rasuah politik. Peluang ini merupakan kemenangan berterusan dan tentunya akan mencipta sejarah tersendiri.

2.5 Membuktikan tohmahan Nizar kononnya menjadi tunggangan dan boneka DAP dan tidak mendapat restu kaum Melayu sewaktu menetapkan polisi dan tindakan yang dilakukan semasa mentadbir negeri selama 11 bulan adalah dakwaan palsu dan tuduhan tidak bertanggungjawab. Pengundi Melayu merupakan 63.28% akan tetap menyokong seorang calon yang mempunyai integriti dan akauntabiliti.

2.6 Sokongan pengundi muda dan demografi pemilih yang terdiri daripada orang Melayu mestilah dilakukan secara strategik bagi memastikan sokongan kepada PAS tidak berbelah bahagi. Mereka adalah penyumbang besar mengekalkan identiti pemuafakatan politik yang bistari.

2.7 Sokongan pengundi kaum bukan Melayu adalah lambang perpaduan baru dalam politik yang merentasi ras, etnik, kaum, budaya dan agama. PR adalah satu barisan alternatif baru yang merubah ‘dimension and landscape of Malaysian politics’. Dengan keutuhan solidariti dan muafakatan di dalam PR serta komitmen para pemimpin tertinggi lambang keyakinan untuk menangani dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat. PR is hoping to improve aspects of our current system or to ensure that they can address specific aspects of political reform.

2.8 Barisan pembangkang berusaha gigih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memberi sumbangan besar di dalam proses pembangunan negara jika diberi peluang. Ramai tokoh yang berkaliber dan berpotensi mampu diketengahkan.

3. Kesimpulan

3.1 Seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong PAS wajib memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan dan mengekalkan kemenangan parlimen Bukit Gantang ini. Rakyat Perak wajar menghantar isyarat yang jelas kepada BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” adalah tidak bermoral. Suara rakyat yang menginginkan pembubaran DUN Perak tidak diendahkan, wajar diterjemahkan di peti undi dengan memangkah PAS. UMNO adalah parti yang sentiasa tak lekang dan penuh dengan tipudaya dan onah. Rakyat mesti merenung adat warisan kita, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru” bermaksud, sesuatu kejahatan yang besar tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Keadaan orang Melayu dan rakyat ketika ini terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan, bagai melukut di tepi gantang. Di mana dan dengan siapa rakyat hendak berlindung, ibarat kata, bagai anak ayam kehilangan ibu. Rakyat kini berada di dalam kesusahan, seolah-olah sudah kehilangan tempat bergantung. UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.

3.2 Justru itu, UMNO mesti ditumbangkan, supaya mereka sedar peri pentingnya menunaikan tanggungjawab sebenar memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Saya menjangkakan undi majoriti melebihi 5,000 adalah tepat pada masanya. Khusus kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang, terimalah tawaran daripada PAS dan PR dengan hati yang terbuka dan rela. Percayalah bahawa UMNO bukan tawaran yang terbaik masa kini kerana jika terus menyokong UMNO, rezeki secupak takkan jadi segantang.

Razali

Admin : Penulis adalah Pengarah MTD Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Mampukah Politik Wang dibanteras?  

1. Istilah Politik Wang

1.1 Politik wang ialah satu istilah menggambarkan perbuatan mengunakan wang tunai untuk mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan atau pengundi bagi meraih sokongan dan akhirnya mengundi, seterusnya memenangkan seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan. Ini juga termasuk pemberian pelbagai bentuk hadiah, yang sekecil-kecilnya seperti kain pelikat sehinggalah penganugerahan tender atau kontrak tertentu.

2. Bagaimana boleh wujud politik wang

2.1 Perkara seumpama ini tidak dapat dielakkan, jika lahirnya ahli-ahli politik yang mengamalkan akhlak dan amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Politik wang atau rasuah wang berleluasa akibat tamak dan gilakan kuasa. Tambahan pula, unsur-unsur negatif dan permainan politik yang ‘kotor’ seperti ugutan, paksaan dan fitnah politik berkembang, maka gejala sogokan mula berlaku beriringan.

2.2 Punca yang menonjol ialah akibat kemewahan dan kemakmuran yang akan dinikmati oleh pemenang di dalam sesuatu pertandingan jawatan atau di dalam pilihanraya, maka ahli-ahli politik berlumba-lumba berebut jawatan untuk mencapai impian tersebut. Jawatan yang disandang tentunya mencapai hasrat kesenangan hidup dan kedudukan atau status tinggi di dalam masyarakat. Matlamat berpolitik bukannya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, namun kepentingan peribadi (personal interests) sudah menjadi agenda utama.


2.3 Matlamat tidak menghalalkan cara dan fahaman sekular yang dianuti tentunya, tidak memikirkan persoalan dosa dan pahala mengakibatkan kempen pelbagai teknik dan tektik yang tidak bersesuaian dengan akhlak dan nilai hidup dipinggirkan dan diketepikan buat sementara.

3. Sejarah Politik Wang

3.1 Di peringkat awal, di dalam politik UMNO, pelbagai kaedah untuk memenangi pelbagai jawatan di cawangan atau bahagian dan Majlis Tertinggi. Amalan awal tidak menampakkan wang dihulurkan. Pujukan atau rayuan adalah dalam bentuk yang tidak secara langsung seperti pakej lawatan melancong ke tempat-tempat menarik seperti ke Medan, Bangkok, Jakarta atau mengerjakan haji atau umrah dan beberapa hadiah cenderamata tertentu. Lama kelamaan pujukan sudah menjadi sogokan dengan sejumlah “transaction demand for money, and done openly”.

3.2 Rahim Tamby Chik pernah menyebutkan sejarah politik wang dalam UMNO bermula pada tahun 1980an, dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bermaksud berlaku era beliau di dalam UMNO. Akhirnya, budaya politik wang itu berkembang subur dan menjadi barah yang semakin mencengkam parti UMNO.

3.3 Daim Zainuddin turut menyebutkan bahawa rasuah politik berlaku akibat persaingan terlalu sengit semasa pemilihan Presiden UMNO pada 24 April, 1987, di antara Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menentang Dr. Mahathir Mohamad. Daim tampil membantu dan membiayai kempen-kempen Dr. Mahathir pada saat-saat akhir. Akhirnya, Dr. Mahathir memenangi jawatan Presiden UMNO dengan memperolehi majoriti tipis 43 undi iaitu Dr. Mahathir memperolehi 761 undi dan Ku Li memperolehi 718.

4. Apakah hukuman ketika ini memadai?

4.1 Setakat ini, hukuman berpilih-pilih atau berbeza-beza. Keputusan Lembaga Disiplin tidak konsisten, akauntabiliti, dan integriti dari aspek hukuman. Mereka yang turut didakwa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pula boleh bertanding, selagi belum didapati bersalah.

5. Apakah bentuk hukuman/undang-undang setimpal kepada “pesalah”?

5.1 Ini merupakan satu aktiviti jenayah yang menjijikan. Mereka yang didapati bersalah dan disabitkan melanggar peraturan parti dan digantung keahlian wajib meletakkan jawatan sebagai Menteri ataupun apa jua jawatan politik dan kerajaan yang disandang kerana dianggap mencemar dan suatu skandal memalukan. Contoh di dalam negara sebelum ini, boleh dijadikan pengajaran bahkan peristiwa skandal yang berlaku di negara-negara lain mampu menjadi ikhtibar dan teladan. Saya ingin tegaskan dan pertahankan di sini ialah maruah diri dan negara mesti dijaga.

5.2 SPRM wajib menjalankan penyiasatan dan pendakwaan serentak ke atas semua calon dan wakil calon yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, dihukum sekeras-kerasnya. Hukuman penjara hendaklah dikenakan. Mereka turut dilarang bertanding sama sekali. Pemilikan “harta”, akaun dan syer dirampas atau dibekukan dan ditahan passport antarabangsa untuk tempoh tertentu. Pada mereka yang menerima suapan sukarela wajar digantung keahlian, buat seketika dan jika didapati berulang, tindakan pemecatan dan larangan bertanding di peringkat parti atau pilihanraya adalah dilarang keras dan terbatal.

6. Implikasi jangka panjang suasana politik negara jika tidak dibanteras

6.1 Akan terjadi kemusnahan di dalam pentadbiran dan sistem kerajaan. Aktiviti rasuah akan menjalar ke seluruh lapisan atau peringkat jabatan dan institusi. Sejarah membuktikan, kerajaan yang kuat seperti empayar Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah akhirnya tumbang angkara perbuatan yang keji termasuklah isu “politik habuan” tersebut.

6.2 Persepsi rakyat terhadap aspek kepimpinaan yang dicemari dengan aktiviti kotor dan berpura-pura, akhirnya rakyat tidak bebas untuk menyumbang di dalam pemilihan kepimpinan secara jujur dan beramanah. Rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap politik. Politik berterusan dan tetap dianggap “kotor” dan menjijikan.

6.3 Akan wujud kelompok negarawan Negara yang dilahirkan melalui aktiviti rasuah. Maka tercetuslah istilah “tokoh negarawan elit dan bapa rasuah”.

7. Kesan kepada Negara di mata Dunia

7.1 Malaysia tidak akan dihormati sebagai negara yang bersih daripada gejala rasuah. Nanti akan wujud gambaran, semua urusan untuk mudah mestilah dengan cara menrasuah pegawai tertentu.

7.2 Menurut Transparency International, dalam senarai indeks terbaru rasuah, kedudukan Malaysia merudum ke tangga 47 dari 180 buah negara setelah berada pada tangga ke 43 pada tahun 2007. Politik wang memungkinkan memburukkan keadaan ini.

7.3 Malaysia dianggap mempunyai “a lower quality of politicians and lower standards of political behaviour”.

7.4 I think, Malaysia has more chances of becoming a first hopeless country in the world.

8. Cara-cara Mengatasi Politik Wang di dalam Negara

8.1 Kesedaran ahli politik untuk berjuang secara ikhlas, jujur, tegas dan bersih. Adakah kepimpinan tertinggi UMNO mempunai komitmen dan iltizam politik (political will) untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini sehingga ke akar umbi?

8.2 Kesedaran ahli parti dan orang ramai (rakyat) tidak bersetuju serta menolak sejauh-jauhnya gejala tersebut.

8.3 Hukuman yang setimpal dan seadil-adilnya dilaksanakan

9. Kesimpulan dan cadangan

9.1 Kajian-kajian ilmiah oleh pensyarah-pensyarah sains politik hendaklah dilakukan, diterbitkan dan dibukukan untuk generasi akan datang, melihat isu ini untuk bahan perbincangan dan kesedaran politik sebenar. Kita perlu mengetahui siapa watak awal pencetus politik wang. Dakwaan melulu tidak bersifat ilmiah. Kita tidak mahu melihat sesuatu yang berlaku sebagai satu proses ‘episode’ atau cerita ‘sensational’ sahaja. Pembangunan sebuah negara memerlukan pemimpin dan kepimpinan yang bersih, sihat, matang, cerdik, berkebolehan, berkemampuan dan berkredibiliti dalam mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. We elect politicians and political parties expecting them to act in the public interest rather than their own goals.

9.2 Realitinya, politik wang mestilah dibanteras dan diperangi habis-habisan dalam apa jua bentuk seperti yang aku sarankan di perkara 5.

9.3 Di universiti, perbincangan politik hendaklah dilakukan secara terbuka dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) yang membendung dan mengongkong aktiviti pelajar dan pensyarah di semua peringkat pengajian tinggi hendaklah dimansuhkan serta merta. Saya sendiri tidak faham, apakah dengan cara mengawal semua pergerakan pelajar akan mendorong mereka menjadi kreatif, mempunyai nilai profesionalisme dan keterampilan? Mereka akan hanya larut, hanyut dan turut mengikut rentak, suasana dan terbelenggu serta terjebak dengan politik wang. Suasana yang ada tidak akan berubah.

9.4 Peranan alim ulama atau ahli agama mesti tampil dan turut berani bercakap menangani isu politik dan menyaran sesuatu yang bermakna kepada orang ramai peri pentingnya kesedaran berpolitik yang bersih dan pengurusan hal ehwal negara ditadbirkan oleh pemimpin yang bersih, ikhlas, amanah dan menurut pandangan agama.

Admin : Artikel ini ditulis oleh Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Album Pilihanraya Kecil Bukit Gantang  

Lihat album penuh di sini.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Warkah Dari Seberang  

Admin : Berikut disiarkan warkah yang diltulis oleh Pengarah MTD, Hj Razali yang dikirimkan melalui mel elektronik. Warkah ini sudah beberapa ketika dikirimkan, tetapi dengan kesibukan masa dan tugasan yang banyak, ianya sedikit terlewat. Maaf...

Assalamualaikum, wrbth.

1. Sepanjang ke bulan tiga saya di sini, pelbagai peristiwa, isu, tragedi menimpa dalam konteks jemaah dan perjuangan. Moga-moga sdr dan sekalian sahabat sentiasa memerhatikan suatu peristiwa yang berlaku dgn penuh minat, sabar, tawakkal dan teguh dgn emosi yang sentiasa stabil. Semua perkara yg berlaku jua dgn izinNya.

2. Mudah-mudahan sdr juga cekal, dan sentiasa mencari ruang utk memperkemaskan agenda dan arah perjuangan.

3. Saya rasa sedih dan simpati kerana melihat dari jauh apa yang berlaku sejak-sejak akhir ini yg melanda tanah air kita dan jemaah, pilihanraya kecil, karenah Ibrahim Ali, isu EXCO selangor & Kedah, kematian MP Bukit Gantang termasuk kerajaan Perak & MBnya.

4. Saya juga terasa amat sedih kerana tidak mampu bersama-sama sdr dan sahabat utk terlibat dgn jasad, roh dan pemikiran kerana masih berada di sini.

5. Saya mungkin akan berada lebih lama sehingga tahun hadapan dan nampaknya, mesyuarat agung kawasan tahun ini, saya juga akan terlepas hadir dan saya doakan ianya berjalan dgn baik.

6. Ini juga bermakna, jawatan yang saya sandang, akan berakhir sehingga mesyuarat kawasan yg akan menjelang.

7. Saya rasa wajar dilantik tenaga dan pemimpin baru, dan jika sdr ada kesempatan, bolehlah majukan perkara ini kpd pimpinan kawasan yg ada kini atau yg akan memimpin kawasan sesi selanjutnya. Saya rasa kurang manis saya memegang jawatan tanpa melakukan sesuatu kerja.

8. Saya rasa sdr mampu utk melakukannya dgn bantuan dan kerjasama teman-teman yg lain.

9. Saya doakan sdr sentiasa istiqamah dgn segala cubaan dan ujian yg mendatang. Saya rasa terhibur juga dgn macam-macam e-mel yg dihantar dan dgn membaca blog sedia ada, khususnya Jeramkini yg diselenggara oleh sdr Khairol.

10. Kirim salam saya kpd semua AJK MTD Jeram dan saf kepimpinan Kawasan.

Yang ikhlas,

Razali

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button