Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Fiesta Orang Muda Geng Kita  


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKS) telah berjaya mengadakan program Fiesta Orang Muda Geng Kita di Kg. Bukit Kuching Tengah, Jeram pada 29 Mei 2011.


Kemuncak bagi program tersebut adalah menonton pertandingan akhir Piala Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona dengan menggunakan skrin besar iaitu 8x8 kaki di kampung tersebut.


Program tersebut bermula pada jam 12.00 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti ScoreGoal, Timbang Bola dan cabutan bertuah dan pendaftaran telah dibuat 2 jam sebelum program bermula. Sambutan amat menggalakkan terutamanya dari mereka dari golongan belia. Salah seorang dari peserta yang bernama Halim, mengatakan ini adalah kali pertama program seumpama ini diadakan dan beliau mengusulkan agar ia diteruskan bagi perlawanan-perlawanan utama bolasepak yang akan datang.


Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta YDP Kawasan, Cikgu Rashid. YB juga telah membuat sepakan perasmian pada program tersebut.


Hadiah dan cabutan bertuah telah diadakan pada rehat separuh masa kedua. Dianggarkan lebih dari 80 orang belia yang hadir bagi bersama-sama dalam program tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Mohd Azham (Ketua Pemuda Kuala Selangor), Ir. Ghani (TYDP PKKS), Rahman Basuny (Ketua Cawangan) dan Sdr Azmi Nasiman, Ketua Majlis Pemuda DUN(MPD).


Program ini anjuran bersama DPPKKS, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram, Majlis Pemuda DUN DACS DPPKKS dan Unit Amal Kuala Selangor.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

FORUM BUKU JINGGA  


Semua rakyat dijemput ke forum berkenaan.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button