Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Perjumpaan Dengan Kelab Penyokong PAS Jeram  

Pemangku Pengarah MTD, Sdr Rosham Muhammad memberikan taklimat awal
tentang gerak kerja pilihanraya.
Album penuh di sini.

22 Februari 2009 : Majlis Tindakan DUN (MTD) Jeram yang diketuai oleh Pemangku Pengarah MTD Jeram telah menganjurkan pertemuan ringkas dengan beberapa pimpinan Kelab Penyokong PAS (KPP) DUN Jeram. Majlis diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan persaudaraan selain merangka bagaimana KPP boleh melibatkan diri secara langsung dalam gerak kerja pilihanraya.


Wakil KPP terdiri daripada Sdr Rajan mewakili kaum India dan Mr Lim mewakili kaum Tiong Hua turut proaktif mencadangkan beberapa pendekatan untuk memantapkan MTD dan beberapa agensi sokongan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) dan Unit Pengurusan Zon (UPZ).

Turut memeriahkan majlis ini ialah wakil ketua kampung sekitar DUN Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Perasmian Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad Oleh YB Dr Dzul  

YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz.
Album penuh di sini.

15 Februari 2009 : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar.


Akhirnya majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan dimanafaatkan oleh orang ramai selagimana kita menjagai dan membajainya dengan baik.

Mahaad ini ketika ini mempunyai seramai empat (4) orang murid sepenuh masa dan empat (4) lagi separuh masa dan beroperasi di alamat No 1, lorong Cakera Purnama 12/14, Fasa 3, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip 013-2683747 dan Setiausaha Maahad Pn Raja 017-7741166.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Buka Pintu Jihad, Baitulmaqdis Milik Umat Islam Dunia - Presiden PAS  

KUALA NERUS,13 Feb - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.

Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.


Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik. - harakah

Sumber : Laman Rasmi Presiden PAS

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Tazkirah : Golongan Yang Membisu Terhadap Kemungkaran  

Firman Allah SWT menerusi ayat 54 Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Bunuhlah diri kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani."

Ia berlaku dalam satu peperangan yang dijadikan Allah SWT dan mengikut riwayatnya, mereka tidak sanggup melihat muka masing-masing. Akhirnya Allah SWT jadikan

gelap, dengan it mereka mengamuk antara satu sama lain tanpa ada sebarang perasaan belas kasihat lagi.

Riwayat pula menyebut, yang tidak menyembah patung anak lembu memegang senjata lalu membunuh mereka yang menyembah patung tersebut.

Riwayat yang terdahulu daripada itu menyebut, bahawa orang yang meyembah dan tidak menyembah patng tersebut kedua-dua belah pihak terkena hukuman belaka.

Sebab apa mereka semua dikenakan hukuman? Sebab yang jelas ialah kerana mereka tidak menyebah patung dan keana mereka berdiam diri dengan terlibat menyekutukan Allah dengan menyembah patung tersebut.

Firman-Nya lagi dalam ayat 79 surah al-Maidah yang bermaksud : "Mereka sentiada tidak berlarang-larang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereke lakukan. Demi seseungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan."

Mereka mendiamkan diri terhadap kemungkaran tersebut. Mereka tidak setuju tetapi hanya sekadar benci di dalam hati sahaja. Oleh kerana itulah kepada umat Nabi Muhammad ini, baginda s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." Mengikut satu riwayat laind an tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi.

Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku. Berhubung dengan ini, ada ulama mentafsirkan mengubah dengan tangan ini ialah mengubah dengan kuasa kerajaan terhadap rakyatnya.

Apabila kerajaan itu melihat kemungkaran berlaku dan mestilah mengubah kemungkaran itu dengan kuasa yang ada padanya kecuali kalau kerajaan itu sendiri yang melakukan kemungkaran (atau menyuburkan pelbagai kemungkaran).

Kalau tidak berupaya dengan tangan, maka hendaklah mencegah kemungkaran ditu dengan lidah. Mencegak kemungkaran dengan lidah ini menjadi tanggungjawab dan

kewajipan para ulama yang tahu hukum Allah. Mereka tidak boleh mendiamkan diri atau sekadar benci dalam hati sahaja.

Yang mencegak kemungkaran di dalam hati ialah orang yang tidak tahu bagaimana cara berhujah dengan orang yang terlibat dengan kemungkaran. Kalau mengerti berhujah, maka menjadi tanggungjawab kepada orang yang berkenaan untuk berhujah.

Berilmu di sini bukan bererti menimba ilmu sebanyak-banyaknya sampi bertaraf ulama atau sampai ke peringkat dapat mentafsirkan al-Quran, tahu menguasai baha al-Quran sehingga dapat membezakan hukum-hukum dalam al-Quran dengan jelas, baru kboleh kita berhujah dengan manusia.

Sekurang-kurangnya kita boleh memberi nasihat mengikut kadar ilmu masing-masing termasuk mengubah dengan lidan dan tulisan. Kalau tidak mampu dengan itu semua, maka barulah benci di dalam hati.

Umpamanya, dia tidak ada daya dan kemampuan, maka ketika itu dia hendaklah benci di dalam hati dan melahirkan perasaan kebenciannya terhadap kemungkaran yang berlaku.

Cara kita tidak setuju kemungkaran bermacam-macam, seperti kita melakukan pemulauan, tidak menegur mereka yang terlibat atau seumpamanya yang menunjukkan kita tidak setuju dengan kemungkaran yang dilakukan. Inilah cara yang diajar oleh Islam dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Yang terpilih masih buruk akhlaknya

Tidak ada sebarang penentangan daripada Bani Israil apabila melihat ada di kalangan kelompok mereka menyembah lembu yang dibuat oleh Musa as-Tsamiri.

Mereka berdiam diri terhadap kemungkaran yang dilakukan itu kerana mereka menjadikan keluarga sebagai asas kepada tidak perlunya sebarang pencegahan atau larangan terhadap perbuatan tersebut.

"Bagaimana mahu menetang mereka kerana mereka adalah puak kita, kalau Firan melakukannya barulah kita tentang. Ini bukan Firuan tetapi Bani Israil, orang kita," mungkin inilah antara hujah mereka dalam masalah ini.

Kalau kita kaitkan dengan orang Melayu pula, kita mungkin akan berkata: "Tidak boleh marah kepada orang Melayu sebab mereka sebangsa dengan kita, lainlah kalau mereka bangsa lain." Inilah umpanaya perangai Bani Israil, mereka mendiamkan diri apabila mereka melihat kemungkaran itu berlaku dalam kelompok mereka.

Dengan sebab itu, Allah SWT mendera atau meghukum mereka dengan hukuman yang layak dengan perbuatan mereka iaitu dengan cara mereka membunuh anatar satu sama lain sehingga Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah (bermunajat kepada Allah) apabila mayat bergelimpangan, mengikut riwayatnya sampai 70,000 orang mati di dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu.

Nabi Musa bermunajat kepada Allah supaya mengampunkan dosa mereka sambil berasa sedih melihat keadaan mayat-mayat tersebut.

Allah SWT mengampunkan dosa mereka dan yang mati disifatkan sebagai mati syahid lalu mereka masuk syurga. Manakala yang masih hidup diampunkan dosa-dosa mereka. Firman Allah SWT menerusi Ayat 54 Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihani."

Allah menceritakan tentang kedegilan nenek moyang Bani Israil supaya kaum itu mengingati kedegilan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan ketika kamu

berkata kepada Nabi Musa a.a : Di mana mereka berkata, inilah kaum Nabi Musa iaitu 70 orang yang telah dipilih olehnya supaya mengikutinya pada masa bermunajat kepada Allah SWT. Mereka inilah yang terpilih di kalangan Bani Israil tetapi sayangnya yang terpilih inipun perangainya masih buruk.

-daripada buku 'Umat yang dimurkai' Kuliyyah tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, muka surat 8-15, cetakan 1998-

Sumber : Laman Rasmi Presiden PAS

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Sultan Perak Enggan Cukur Janggut - Mat Sabu  

Album penuh di sini.

9 February 2009: "Sultan Perak enggan cukur janggut", begitulah laporan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS baru-baru ini dalam satu siri Ceramah Perdana di Kampung Bukit Kuching, Jeram Selangor.


Menurut beliau, kisah itu terjadi kira-kira 35 tahun yang lalu apabila bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974 kerana enggan meletakkan jawatan setelah tidak diperkenankan oleh Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah. Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian dan akhirnya bernazar jika Ghazali masih enggan meletak jawatan, baginda Sultan enggan mencukur janggut beliau.

Begitulah antara lain ucapan Hj Mohamad Sabu dalam ceramah perdana semalam. Pada awal ceramah beliau, beliau turut menceritakan tentang pengalaman beliau di Palestin. Beliau turut mengutuk sekerasnya tindakan OIC yang dipengerusikan oleh Malaysia kerana sehingga hari ini enggan mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan Malaysia dan negara OIC merupakan satu mala petaka yang amat dahsyat kepada Palestin kerana membuka ruang seluasnya untuk rejim Zionis Israel untuk menyerang Gaza baru-baru ini.

Ceramah perdana tersebut turut disertai oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad dan Sdr Mazli Saring, wakil AMK.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Bubarkan DUN Perak, Kembalikan Hak Rakyat  



Rakyat menjadi mangsa kerakusan UMNO/BN

PAS Jeram menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membubarkan DUN Perak sejajar dengan prinsip demokrasi yang selama ini diagungkan oleh pihak UMNO dan BN sendiri. Tindakan ini bukan sahaja dilihat sebagai ketempangan sistem demokrasi yang amat dahsyat malah turut mencemarkan institusi diraja sebagai penaung Melayu dan ketua Agama Islam. Baca kenyataan penuh Tuan Guru Presiden:

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Ceramah Perdana di Kg Bukit Kuching, Jeram  



Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Ceramah 'Gaza di Hatiku' di Saujana Utama, Sungai Buloh  

Penceramah :

YB Dr Dzulkefly Ahmad
Ustaz Idris Ahmad
Ustaz Abdullah Nicklous

Tarikh : 7 Februari 2009
Masa : 9.30 malam
Tempat : Markaz PAS Saujana Utama, Sungai Buloh

Semua dijemput hadir



Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button