Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Forum Perdana Bukit Kuching Meriah  

Sebahagian peserta muslimin yang hadir.
Album penuh di sini.

25 Januari 2009 : Dianggarkan bahawa kira-kira 500 orang menghadiri Forum Perdana Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang pada Ahad lalu. Forum yang dijadualkan berlangsung di Padang Bukit Kuching terpaksa dipindahkan ke Dewan Bukit Kuching ekoran pembatalan permit polis pada saat akhir.


Forum bermula dengan acara perasmian oleh bekas calon PAS DUN Jeram, Hj Khairi Darmo sebelum diserahkan kepada moderator forum Ustaz Kamil Sidek. Ahli panel pula terdiri daripada tiga orang 'doktor' dari pelbagai bidang iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja dan Dr Halimah Ali (ADUN Selat Kelang) yang menggantikan Dr Mujahid Yusof Rawa kerana berada di timur tengah.

Pelbagai isu kekeluargaan dikupas oleh ahli panel, tetapi kesemua ahli panel bersetuju bahawa tunjang keluarga bahagia itu sendiri adalah Islam. Keluarga akan porak pernada jika mengabaikan agama dalam mendidik anak dan membentuk keluarga bahagia. YB Dr Mariah sendiri menekankan bahawa kepentingan mengajar solat sejak dari kecil kepada anak-anak.

Secara keseluruhannya, forum ini dianggap berjaya kerana berjaya menarik ramai pengunjung dari kalangan penduduk tempatan walaupun suasana pada malam ini diselangi dengan hujan lebat tambahan pula kobolehan Ustaz Kamil Sidek sebagai moderator yang memeriahkan suasana serta ahli panel yang berkaliber.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Forum Perdana : Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang  

Tarikh : 25 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Padang Bolasepak, Kg. Bukit Kuching Hilir, Jeram
Ahli Panel : YB. Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB. Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
YB. Dr. Siti Mariah bt. Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Anjuran : Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Rekreasi Islam
DAN JKKK Kg. Bukit Kuching Hilir.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Bertugas di PRK036 Kuala Terengganu  

Datuk Dr Hassan Ali sempat menziarahi rumah yang didiami petugas PAS Selangor.
Album penuh di sini.

Alhamdulillah, kami pulang dengan penuh ceria selepas PAS diumumkan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil 036.

Sebahagian kami sebenarnya sudah mula bertugas sejak awal penamaan calon lagi. PAS Selangor telah menyewa empat buah rumah untuk didiami oleh para petugas termasuk sebuah apartment yang sempit untuk muslimat, sebuah teres dua tingkat dan dua buah rumah kampung. Walaupun keadaan rumah kami agak kurang selesa dan bersesak, kami menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


Dalam pilihanraya kecil ini, PAS Selangor bertanggungjawab untuk membantu jentera pilihanraya DUN Ladang. Antaranya ialah kempen dan ziarah dari rumah ke rumah, sebaran risalah dan membantu kerja-kerja bilik gerakan. Walaupun keadaan cuaca agak mendung dan diselangi hujan sepanjang hari, siri kempen berjalan dengan lancar yang bermula sejak seawal jam 9 pagi.

Antara pengalaman menarik kami sepanjang kempen ialah meziarahi dan menyebarkan risalah di Apartment Kediaman Polis di Jalan Bukit Besar. Kami juga dikejutkan dengan pencerobohan Puteri UMNO ke rumah muslimat PAS Selangor, yang menyamar sebagai petugas PAS. Rahsia mereka terbongkar apabika kami menghubungi ustazah yang didakwa naqibah puteri ini.

Secara keseluruhannya penglibatan jentera PAS Selangor termasuk wakil MTD Jeram dam PAS Kuala Selangor agak memuaskan dalam kempen pilihanraya kali ini dan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua.

Allahu Akbar!!

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

PETUGAS MTD JERAM DI PRK 036 KUALA TERENGGANU  

15 Januari 2009-InsyaAllah MTD Jeram akan menghantar seramai 30 orang petugas ke PRK P036 Kuala Terengganu. Seorang wakil telahpun berada disana sejak dari 9hb Januari yang lalu sebagai menyambut cabaran untuk bersama-sama bekerja bagi memenangkan kerusi yang ditanding oleh YB Mohd Abdul Wahid Endut.

Konvoi ke PRK P036 ini akan mula bergerak mulai malam ini jam 10 dan dijangka tiba di Kuala Terengganu dalam jam 5 pagi. Doakan akan pemergian rombongan kami di sana semuanya selamat dibawah perlindunganNya Yang Maha Esa. Mudah-mudahan usaha, amalan dan kerja ini akan diterima olehNya sebagai amalan kebajikan untuk persiapan menghadapi hari kemudian.

Taqabballahu minna waminkum.

TAKBIRRRRR. ALLAHU AKBARR.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button