Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Liqa' Mahabbah Bersama Ketua Pemuda PAS Selangor  

16 November 2008 : PAS Puncak Alam mengadakan Liqa' Mahabbah bersama Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Fasa 2 Puncak Alam. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli di Puncak Alam bersama para pimpinan selain untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan tentang isu-isu semasa berkenaan negeri Selangor.

Semasa program berlangsung, pelbagai isu diutarakan yang dijalankan secara komunikasi dua hala. Ustaz Sallehin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana mengadakan program dalaman ahli seumpana ini. Menurut beliau, program-program dalaman ini sangatlah penting dalam pembinaan ikatan kerja-kerja parti yang kukuh, tersusun dan medan tarbiyyah yang terbaik daripada pihak pimpinan. Katanya 'Kita kena bergerak dan bekerja seiring dengan pentadbiran Pakatan Rakyat hari ini'.

Ustaz Sallehin menjelaskan walaupun beliau agak lantang dalam menegur dan mengkritik barisan pimpinan kerajaan negeri Selangor, tetapi ianya adalah muhasabah kepada kerajaan negeri untuk memantapkan lagi pentadbiran bagi kepentingan semua kaum sambil menyifatkan kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Tan Sri Khalid sebenarnya jauh lebih baik dan lebih berkesan daripada kerajaan terdahulu.

Jelas beliau lagi, tindakan beliau berjaya untuk merapatkan serta mengukuhkan lagi hubungan antara Pakatan Rakyat dalam pentadbiran negeri dan menafikan adanya perpecahan seperti yang disiarkan oleh media arus perdana.

Beliau turut menjelaskan hubungan beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah amat baik dan Tan Sri Khalid sendiri pernah memuji beberapa tindakan beliau yang dianggapkan sebagai 'check and balance' (dengan izin) dan sekaligus membantu MB untuk membuat keputusan yang lebih bijaksana. Hubungan dengan istana yang dilaporkan retak oleh media pro kerajaan juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Majlis yang berlangsung selama lebih dua jam diteruskan dengan sessi minum malam di restoran berhampiran. Turut hadir ialah Hj Razali Tumirin (Pengarah MTD), Ustaz Dzulhasnan (Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Selangor) dan Rosham Muhammad (Ahli Majlis Dareah Kuala Selangor).
.

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

0 Komentar

Post a Comment