Jemputan Majlis Mesra Hari Raya

Dijemput semua teman ke majlis Mesra Hari Raya peringkat Kawasan Kuala Selangor seperti tarikh, masa dam tempat yang disebutkan.Jemputan Majlis Mesra Hari Raya

Dijemput semua teman ke majlis Mesra Hari Raya peringkat Kawasan Kuala Selangor seperti tarikh, masa dam tempat yang disebutkan.Jemputan Majlis Mesra Hari Raya
Posted in Sambutan Hari Raya » 1 Komentar »

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kiriman daripada Jawatankuasa Cawangan Puncak Alam, Fasa 1.
Posted in Selamat Menyambut Ramadhan » 1 Komentar »
Assalamu'alaikum,
Posted in HI-TEA BERSAMA PIMPINAN » 1 Komentar »

DIJEMPUT SEMUA PENGUNDI/RAKYAT HADIR BERAMAI-RAMAI.
Posted in CERAMAH UMUM » 1 Komentar »
Posted in ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR » 1 Komentar »
Posted in SEMBANG SANTAI » 1 Komentar »
Di jemput semua hadir dan membeli atau menaja meja bernilai VVIP RM500, VIP RM400 dan meja biasa RM200. Mohon di war-warkan kepada semua teman. Urusan sumbangan sila berhubung urusetia penganjur di talian: 019-3650982/013-6283979/019-
Posted in SEMBANG SANTAI » 1 Komentar »
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKS) telah berjaya mengadakan program Fiesta Orang Muda Geng Kita di Kg. Bukit Kuching Tengah, Jeram pada 29 Mei 2011.
Kemuncak bagi program tersebut adalah menonton pertandingan akhir Piala Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona dengan menggunakan skrin besar iaitu 8x8 kaki di kampung tersebut.
Program tersebut bermula pada jam 12.00 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti ScoreGoal, Timbang Bola dan cabutan bertuah dan pendaftaran telah dibuat 2 jam sebelum program bermula. Sambutan amat menggalakkan terutamanya dari mereka dari golongan belia. Salah seorang dari peserta yang bernama Halim, mengatakan ini adalah kali pertama program seumpama ini diadakan dan beliau mengusulkan agar ia diteruskan bagi perlawanan-perlawanan utama bolasepak yang akan datang.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta YDP Kawasan, Cikgu Rashid. YB juga telah membuat sepakan perasmian pada program tersebut.
Hadiah dan cabutan bertuah telah diadakan pada rehat separuh masa kedua. Dianggarkan lebih dari 80 orang belia yang hadir bagi bersama-sama dalam program tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Mohd Azham (Ketua Pemuda Kuala Selangor), Ir. Ghani (TYDP PKKS), Rahman Basuny (Ketua Cawangan) dan Sdr Azmi Nasiman, Ketua Majlis Pemuda DUN(MPD).
Posted in Fiesta Orang Muda Geng Kita » 0 Komentar »
Semua rakyat dijemput ke forum berkenaan.
Posted in Forum » 0 Komentar »
Posted in Ceramah » 0 Komentar »
Posted in Ceramah » 2 Komentar »
Gambar Encik Sazali Turiman (empat dari kiri) bersama dengan Encik Sharudin Mohd Nri (lima dari kiri) di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala ParitJawapan Pemuda PAS - Sinar Harian 25/09/2010
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KUALA SELANGOR MENAFIKAN 30 PEMUDA PAS MASUK UMNO
Jeram, Selangor 22-September-2010.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Sazali Turiman, hari ini dengan tegas menafikan kemasukan 30 orang ahli pemuda PAS ke dalam UMNO sepertimana laporan yang tersiar di dalam sebuah akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu.
Beliau menjelaskan bahawa maklumat sepertimana yang tersiar di dalam akhbar tersebut adalah merupakan fitnah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana tiada seorang pun daripada Ahli Dewan Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO pada majlis tersebut. ‘Pihak kami telah membuat semakan daftar keahlian PAS dan mendapati tiada seorang pun ahli Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO’ tegas beliau.
Beliau yang hadir di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit, Jeram pada malam semalam turut menjelaskan bahawa Encik Sharudin Mohd Nri bukanlah bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit dan tidak pernah menjadi ahli Pemuda PAS. ‘Beliau adalah bekas Ketua Pergerakan Belia 4B, Kampung Kuala Parit dan bukannya Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan Kuala Parit seperti yang dilaporkan’, tegas beliau lagi.
Encik Sharudin Mohd Nri turut hadir dengan sukarelanya pada majlis tersebut untuk memberikan penjelasan sebenar beliau berkaitan laporan akhbar tersebut. Beliau menafikan ada menyebut bahawa perjuangan PAS telah terpesong sejak bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR). ‘Saya juga tidak pernah menyebutkan bahawa PAS telah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. Oleh yang demikian saya ikhlas hadir pada malam ini untuk bertemu dengan kawan-kawan daripada ahli PAS untuk membuat kenyataan yang sebenar’ kata beliau.
Seterusnya beliau telah menandatangani surat akuan bagi menafikan kenyataan sepertimana yang terkandung di dalam akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu dan menyatakan kekesalannya sehingga menyinggung perasaan semua pihak.
Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kuala Parit akan membuat laporan polis terhadap fitnah dan salah tanggapan masyarakat terhadap perkara tersebut dan berharap supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
Mengulas isu tersebut, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Rosham Muhammad menyatakan bahawa UMNO Kuala Selangor telah berada dalam keadaan terdesak kerana kurang mendapat sambutan daripada rakyat setempat. Ini jelas dibuktikan di mana Program Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Jawatankuasa Pengurusan DUN Jeram bersama Pejabat Parlimen Kuala Selangor yang diadakan pada tarikh yang sama dan berhampiran dengan kampong Kuala Parit telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Dianggarkan hampir 3000 orang penduduk yang terdiri daripada berbagai kaum hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri tersebut.
Posted in PENAFIAN KELUAR PARTI » 0 Komentar »