Ceramah Perdana
Dewan Orang Ramai Jeram,
YB Ust Nasharudin Mat Isa
YB Sivakumar
Semua dijemput hadir.
Posted in Ceramah » 2 Komentar »
Gambar Encik Sazali Turiman (empat dari kiri) bersama dengan Encik Sharudin Mohd Nri (lima dari kiri) di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala ParitJawapan Pemuda PAS - Sinar Harian 25/09/2010
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KUALA SELANGOR MENAFIKAN 30 PEMUDA PAS MASUK UMNO
Jeram, Selangor 22-September-2010.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Sazali Turiman, hari ini dengan tegas menafikan kemasukan 30 orang ahli pemuda PAS ke dalam UMNO sepertimana laporan yang tersiar di dalam sebuah akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu.
Beliau menjelaskan bahawa maklumat sepertimana yang tersiar di dalam akhbar tersebut adalah merupakan fitnah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana tiada seorang pun daripada Ahli Dewan Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO pada majlis tersebut. ‘Pihak kami telah membuat semakan daftar keahlian PAS dan mendapati tiada seorang pun ahli Pemuda PAS yang menyerahkan borang keahlian UMNO’ tegas beliau.
Beliau yang hadir di Majlis Jamuan Aidilfitri di rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit, Jeram pada malam semalam turut menjelaskan bahawa Encik Sharudin Mohd Nri bukanlah bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kuala Parit dan tidak pernah menjadi ahli Pemuda PAS. ‘Beliau adalah bekas Ketua Pergerakan Belia 4B, Kampung Kuala Parit dan bukannya Timbalan Ketua Pemuda PAS cawangan Kuala Parit seperti yang dilaporkan’, tegas beliau lagi.
Encik Sharudin Mohd Nri turut hadir dengan sukarelanya pada majlis tersebut untuk memberikan penjelasan sebenar beliau berkaitan laporan akhbar tersebut. Beliau menafikan ada menyebut bahawa perjuangan PAS telah terpesong sejak bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR). ‘Saya juga tidak pernah menyebutkan bahawa PAS telah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. Oleh yang demikian saya ikhlas hadir pada malam ini untuk bertemu dengan kawan-kawan daripada ahli PAS untuk membuat kenyataan yang sebenar’ kata beliau.
Seterusnya beliau telah menandatangani surat akuan bagi menafikan kenyataan sepertimana yang terkandung di dalam akhbar harian pada 21 September 2010 yang lalu dan menyatakan kekesalannya sehingga menyinggung perasaan semua pihak.
Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kuala Parit akan membuat laporan polis terhadap fitnah dan salah tanggapan masyarakat terhadap perkara tersebut dan berharap supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
Mengulas isu tersebut, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Encik Rosham Muhammad menyatakan bahawa UMNO Kuala Selangor telah berada dalam keadaan terdesak kerana kurang mendapat sambutan daripada rakyat setempat. Ini jelas dibuktikan di mana Program Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Jawatankuasa Pengurusan DUN Jeram bersama Pejabat Parlimen Kuala Selangor yang diadakan pada tarikh yang sama dan berhampiran dengan kampong Kuala Parit telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Dianggarkan hampir 3000 orang penduduk yang terdiri daripada berbagai kaum hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri tersebut.
Posted in PENAFIAN KELUAR PARTI » 0 Komentar »
Posted in KULIAH MINGGUAN » 0 Komentar »
Dipohon kepada teman-teman untuk memberi sumbangan kepada pihak berkenaan seperti surat di atas.
Posted in SUMBANGAN RAMADHAN » 0 Komentar »
.jpg)
Nampak segak Y.B. Dr. Dzul, Ahli Parlimen Kuala Selangor bergambar dengan pemilik motor klasik dan para pengunjung.
Baca Selanjutnya...
Posted in PERTUNJUKAN MOTOR KLASIK » 0 Komentar »
Untuk makluman semua, JKKK Kg. Bukit Cheraka menganjurkan program YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, turun padang seperti berikut:-
9 Julai 2010 (Jumaat), bermula solat Jumaat, khutbah akan disampaikan oleh YB, lawatan ziarah dan perjumpaan dengan Ahli JKKK selepas Isya'.
10 Julai 2010, (Sabtu), Kuliah Subuh di Masjid Kg. Bukit Cheraka, minum pagi di warung berhampiran dan program ziarah, pertandingan sepak takraw pada sebelah petang.
Mulai 9.00 pagi hingga ke petang kaunter Pusat Khidmat Masyarakat Jeram akan dibuka berserta klinik kesihatan bertempat di Balai Raya.
Mulai jam 9.30 malam, program ceramah umum akan diadakan. Penceramah jemputan adalah YB Dr. Dzul dan YB Nik Nazmi. Pengerusi Majlis ialah Mohd Fakaruddin Ismail, Ketua Penerangan Kawasan Kuala Selangor.
Maklumat lanjut boleh dihubungi Mohd Irwan Samsuri: 012-3191215
Posted in MAKLUMAN PROGRAM YB DR. DZUL TURUN PADANG » 0 Komentar »

Karnival Mesra Rakyat akan diadakan pada 17 & 18 Julai ini di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Semua dijemput hadir dan datanglah beramai-ramai. Banyak aktiviti disusun oleh penganjur.
Posted in KARNIVAL MESRA RAKYAT » 2 Komentar »
TARIKH: 4 JULAI, 2010 (HARI AHAD)
ANJURAN: PeBT MDKS ZON 3C BERSAMA PEJABAT PARLIMEN KUALA SELANGOR & EXCO BELIA
TEMPAT: DATARAN TAMAN IJOK UTAMA
ATURCARA PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
8.00 PG : KARNIVAL BERMULA
8.30 PG : SUKANEKA
9.30 PG : DEMO OLEH PIHAK BOMBA
10.00 PG : SEMBANG SANTAI BERSAMA…YB DR. DZULKEFLY & UST NAZMI
MODERATOR OLEH : UST MOHD HASLIN BAHARIM, DIIKUTI OLEH PERSEMBAHAN HIBURAN OLEH MOAS & RENGGO ARROW”, DEKLAMASI SAJAK OLEH KAK LIN, PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN TIGA BANGSA
11.00 PG : KETIBAAN YAB MENTERI BESAR TAN SRI DATO SRI ABD KHALID IBRAHIM
11.30 PG : PERTANDINGAN MOTOR KLASIK 2010
12.00 TGHRI : PERASMIAN PROGRAM MESRA BELIA
3.00 PTG : PENYAMPAIAN HADIAH
4.00 PTG : MAJLIS BERAKHIR
SELURUH BELIA/BELIAWANIS & RAKYAT DIJEMPUT HADIR.
Posted in PROGRAM MESRA BELIA » 1 Komentar »
Pada hari Rabu, 2 Jun 2010 yang lalu, saya dan sahabat saya, Maskor, pegawai khas kepada YB Dr. Dzul bertemu dengan beberapa teman yang ingin menjadi ahli dan menubuhkan cawangan baru di Pantai Remis, Jeram.
Ini merupakan suatu perkembangan yang baik kerana ramai ahli baru di kalangan mereka adalah wanita dan kaum ibu yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti dan ahli UMNO.
Saya dan saudara Maskor berkesempatan memberi kata peransang, taklimat berhubung dengan prosedur penubuhan baru cawangan penaja, tujuan terlibat dengan parti PAS, gerak kerja pilihanraya dan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh MTD Jeram.
Syabas diucapkan di atas daya usaha Hj. Mohd Norkadi dan Romainor Ismail untuk menubuhkan cawangan baru PAS di Pantai Remis. Mereka tersenyum apabila borang-borang ahli dibekalkan untuk diisi dan dilengkapkan oleh mereka.
Posted in Cawangan Baru » 0 Komentar »
Ceramah umum akan berlangsung seperti berikut:-
Tarikh: 30 Mei 2010 (hari Ahad malam Isnin)
Masa: 9.30 malam
Tempat: Markaz Besar PAS, Jalan Masjid, Kg. Bukit Hijau, Jeram
Penceramah Jemputan: Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat &
YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Semua dijemput hadir.
Posted in Ceramah » 0 Komentar »
Pada hari semalam, Sabtu, 22 Mei, 2010 Pakatan Rakyat Negeri Selangor melancarkan program Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan Pakatan Rakyat selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru. Pelancaran program diadakan di Bangunan SUK, Shah Alam dan diaktifkan di seluruh negara.
Program ini meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.
Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan ditetapkan lapan minggu bagi proses pendaftaran pemilih baru dan setiap mereka yang bertugas perlu bertemu dengan penduduk setempat mengikut cawangan atau kawasan masing-masing, ini bagi memastikan penduduk setempat yang berkelayakan telah berdaftar sebagai pemilih.
Mohon semua aktiviti di UPU/cawangan khususnya di DUN 12 Jeram dirancang ke arah pendaftaran pemilih baru atau pengundi muda. Mohon Maklumat Isi Rumah (MIR) dilengkapkan dengan sempurna.
Untuk makluman, alamat e-mel pengarah MTD Jeram, Kuala Selangor yang baru ialah abuhidayat7361@gmail.com
Posted in PENDEMOKRASIAN RAKYAT » 0 Komentar »
Posted in Ceramah » 0 Komentar »