Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Perjumpaan Dengan Kelab Penyokong PAS Jeram  

Pemangku Pengarah MTD, Sdr Rosham Muhammad memberikan taklimat awal
tentang gerak kerja pilihanraya.
Album penuh di sini.

22 Februari 2009 : Majlis Tindakan DUN (MTD) Jeram yang diketuai oleh Pemangku Pengarah MTD Jeram telah menganjurkan pertemuan ringkas dengan beberapa pimpinan Kelab Penyokong PAS (KPP) DUN Jeram. Majlis diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan persaudaraan selain merangka bagaimana KPP boleh melibatkan diri secara langsung dalam gerak kerja pilihanraya.


Wakil KPP terdiri daripada Sdr Rajan mewakili kaum India dan Mr Lim mewakili kaum Tiong Hua turut proaktif mencadangkan beberapa pendekatan untuk memantapkan MTD dan beberapa agensi sokongan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) dan Unit Pengurusan Zon (UPZ).

Turut memeriahkan majlis ini ialah wakil ketua kampung sekitar DUN Jeram.

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

1 Komentar

  • Anonymous  
    February 25, 2009 at 6:23 PM

    tahniah kepada pas jeram kerana mengambil berat pada kelab penyokong pas. dengan adanya usaha sebegini, parti PAS akan beroleh sokongan dan kepercayaan rakyat yang berbilang kaum... dengan cara ini, akan memantapkan lagi PAS di arena politik Malaysia....

Post a Comment