Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Perasmian Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad Oleh YB Dr Dzul  

YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz.
Album penuh di sini.

15 Februari 2009 : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Majlis yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar.


Akhirnya majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan dimanafaatkan oleh orang ramai selagimana kita menjagai dan membajainya dengan baik.

Mahaad ini ketika ini mempunyai seramai empat (4) orang murid sepenuh masa dan empat (4) lagi separuh masa dan beroperasi di alamat No 1, lorong Cakera Purnama 12/14, Fasa 3, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip 013-2683747 dan Setiausaha Maahad Pn Raja 017-7741166.

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

2 Komentar

Post a Comment