Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Perjumpaan Penubuhan Cawangan Penaja  

Pada hari Rabu, 2 Jun 2010 yang lalu, saya dan sahabat saya, Maskor, pegawai khas kepada YB Dr. Dzul bertemu dengan beberapa teman yang ingin menjadi ahli dan menubuhkan cawangan baru di Pantai Remis, Jeram.

Ini merupakan suatu perkembangan yang baik kerana ramai ahli baru di kalangan mereka adalah wanita dan kaum ibu yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti dan ahli UMNO.

Saya dan saudara Maskor berkesempatan memberi kata peransang, taklimat berhubung dengan prosedur penubuhan baru cawangan penaja, tujuan terlibat dengan parti PAS, gerak kerja pilihanraya dan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh MTD Jeram.

Syabas diucapkan di atas daya usaha Hj. Mohd Norkadi dan Romainor Ismail untuk menubuhkan cawangan baru PAS di Pantai Remis. Mereka tersenyum apabila borang-borang ahli dibekalkan untuk diisi dan dilengkapkan oleh mereka.

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

0 Komentar

Post a Comment