Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Forum Perdana Bukit Kuching Meriah  

Sebahagian peserta muslimin yang hadir.
Album penuh di sini.

25 Januari 2009 : Dianggarkan bahawa kira-kira 500 orang menghadiri Forum Perdana Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang pada Ahad lalu. Forum yang dijadualkan berlangsung di Padang Bukit Kuching terpaksa dipindahkan ke Dewan Bukit Kuching ekoran pembatalan permit polis pada saat akhir.


Forum bermula dengan acara perasmian oleh bekas calon PAS DUN Jeram, Hj Khairi Darmo sebelum diserahkan kepada moderator forum Ustaz Kamil Sidek. Ahli panel pula terdiri daripada tiga orang 'doktor' dari pelbagai bidang iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja dan Dr Halimah Ali (ADUN Selat Kelang) yang menggantikan Dr Mujahid Yusof Rawa kerana berada di timur tengah.

Pelbagai isu kekeluargaan dikupas oleh ahli panel, tetapi kesemua ahli panel bersetuju bahawa tunjang keluarga bahagia itu sendiri adalah Islam. Keluarga akan porak pernada jika mengabaikan agama dalam mendidik anak dan membentuk keluarga bahagia. YB Dr Mariah sendiri menekankan bahawa kepentingan mengajar solat sejak dari kecil kepada anak-anak.

Secara keseluruhannya, forum ini dianggap berjaya kerana berjaya menarik ramai pengunjung dari kalangan penduduk tempatan walaupun suasana pada malam ini diselangi dengan hujan lebat tambahan pula kobolehan Ustaz Kamil Sidek sebagai moderator yang memeriahkan suasana serta ahli panel yang berkaliber.

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

2 Komentar

  • Zali  
    January 30, 2009 at 6:48 AM

    Syabas diucapkan kerana program tersebut dapat dilangsungkan. Terima kasih kepada para petugas. Penat lelah anda semua diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Dakwah yang efektif membuka ruang setiap penduduk untuk membuka minda yang sihat. Salam dari jauh.

  • Anonymous  
    February 2, 2009 at 8:55 PM

    SEMUGA PROGRAM SEUMPAMA INI DILANJUTKAN KEPADA SEMUA DAERAH DI DALAM NEGERI SELANGOR.

Post a Comment