Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Bertugas di PRK036 Kuala Terengganu  

Datuk Dr Hassan Ali sempat menziarahi rumah yang didiami petugas PAS Selangor.
Album penuh di sini.

Alhamdulillah, kami pulang dengan penuh ceria selepas PAS diumumkan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil 036.

Sebahagian kami sebenarnya sudah mula bertugas sejak awal penamaan calon lagi. PAS Selangor telah menyewa empat buah rumah untuk didiami oleh para petugas termasuk sebuah apartment yang sempit untuk muslimat, sebuah teres dua tingkat dan dua buah rumah kampung. Walaupun keadaan rumah kami agak kurang selesa dan bersesak, kami menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


Dalam pilihanraya kecil ini, PAS Selangor bertanggungjawab untuk membantu jentera pilihanraya DUN Ladang. Antaranya ialah kempen dan ziarah dari rumah ke rumah, sebaran risalah dan membantu kerja-kerja bilik gerakan. Walaupun keadaan cuaca agak mendung dan diselangi hujan sepanjang hari, siri kempen berjalan dengan lancar yang bermula sejak seawal jam 9 pagi.

Antara pengalaman menarik kami sepanjang kempen ialah meziarahi dan menyebarkan risalah di Apartment Kediaman Polis di Jalan Bukit Besar. Kami juga dikejutkan dengan pencerobohan Puteri UMNO ke rumah muslimat PAS Selangor, yang menyamar sebagai petugas PAS. Rahsia mereka terbongkar apabika kami menghubungi ustazah yang didakwa naqibah puteri ini.

Secara keseluruhannya penglibatan jentera PAS Selangor termasuk wakil MTD Jeram dam PAS Kuala Selangor agak memuaskan dalam kempen pilihanraya kali ini dan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua.

Allahu Akbar!!

Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

8 Komentar

  • Zali  
    January 18, 2009 at 12:09 PM

    Tahniah atas sumbangan antum ajmain.
    Tahniah atas kejayaan dan kemenangan yang diperolehi. Kuatkan semangat, azam dan tekat untuk memberikan sumbangan selanjutnya, apabila dikehendaki. Kekurangan yang ada tidak bermakna, tidak boleh melakukan sesuatu yang terbaik. Syabas, diucapkan.

  • Anonymous  
    January 18, 2009 at 2:05 PM

    thanx haji...ramai juga wakil dari jeram yang turun tapi tak pasti berapa org yang melaporkan diri.

    walaubagaimanapun, terima kasih buat semua.

  • Anonymous  
    January 19, 2009 at 7:49 AM

    Tahniah semua yang berjuang di KT tempohari.......AllahuAkhbar

  • izali  
    January 19, 2009 at 11:23 PM

    terima kasih kpd semua yg terlibat...

  • siput  
    January 20, 2009 at 9:51 PM

    terima kasih kepada semua petugas & yang terlibat .. saya telah [O|X] untuk membalas penat lelah saudara semua .. walaupun saya dari dulu .. kini .. selamnya menyokong perjuangan islam ..

  • Anonymous  
    January 21, 2009 at 12:42 AM

    saya dari kampung ladang mengucapkan jutaan terimakasih atas segala bantuan dari PAS Selangor. Terasa kecil kami bila berhadapan dengan kalian, dan menasabah Selangor dapat kalian tawan pada pilihanraya lepas. Segala kekurangan kami hulurkan sepuluh jari memohon maaf.

  • Anonymous  
    January 21, 2009 at 8:01 AM

    terima kasih semua,

    inilah bukti kerjasama erat antara ansar dan muhajirin.

    semoga jamaah islam makin kukuh.

    wassalam

  • Anonymous  
    January 28, 2009 at 12:50 AM

    Tima kasih kerana menjadi talibarut DAP. Nanti bila cina memerintah, senang ler minta keja (klu ada cina yg nak ambik org melayu bekerja ar). Klu menang besar, cina senang tarik semua keistimewaan melayu.. akan dtg, standby duit byk2, kita dah hilang hak kepada cina..

Post a Comment