Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Coretan Pena Musafir 2 : Perjalanan ke Eropah  

Admin : Berikut adalah sambungan catatan perjalanan Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin.

Perjalanan ke Eropah

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t.seperti yang aku nyatakan tempoh hari, aku bersama-sama isteri, Rokimah dan anak-anakku lima orang, Muhammad Fathul Ehsan (Fathul), Zahra Nahdia (Nahdia), Muhammad Nashrul Deen (Nash), Muhammad Khairul Hakim (Hakim) dan Hidayat dan seorang anak buahku, Muhammad Syahid (Syahid) Abdul Rahim anak adik iparku, Hasnah, pensyarah/ketua jabatan perdagangan di Politeknik Seberang Perai dapat melancong ke Brussels, Belgium, Paris, Peranchis, Zurich, Switzerland mulai 15 - 19 Disember. Kami bertolak dengan satu keluarga lain, Mohd Zahari Ismail (anak bongsuku kata senang disebut “Uncle Z”). Beliau bersama-sama isteri, enam anaknya termasuk seorang baby girl berusia lapan bulan, yang dilahirkan di bumi U.K. bertolak bersama-sama kami pada tarikh yang dijadualkan.

Isteriku, merupakan ‘master plan for the trip’. Aku wajar ‘respect her’ banyak-banyak padanya. Kalau tidak puji isteri, siapa yang hendak pujikan. Seperti yang sama kami lalui dan tempuhi semasa perjalanan yang jauh ke Stockholm, Sweden, Copenhagen, Denmark, Oslo, Norway dan Turku, Finland, pada hujung Mac 2008 hingga awal bulan April 2008 yang lepas, persediaan rapi sememangnya perlu difikirkan. Ramai orang kata seronok melancong tetapi kena ‘stand-by’ yang paling mustahak ‘ongkosnya’ mahu lebih sedikit. Pada kebanyakan orang berpendapat sebegitu, tetapi padaku seperti mana isteriku, kekerapan melancong seperti kami lakukan di USA dan Canada, ada beberapa perkara patut diambil perhatian.

Pada mereka yang sudah duduk belajar dan bekerja di luar negara sememangnya ada banyak ‘advantageous’ disebabkan kebanyakan merekapun sememangnya kaki berjalan, kami senang mendapat maklumat daripada teman-teman yang terdahulu yang berkesempatan melawat sesuatu tempat tertentu. Kebijaksanaan diperlukan untuk mengetahui soal penjimatan.Ini tidak bermakna, mereka yang datang terus dari Malaysia akan berbelanja lebih besar dan tidak mampu melawat. Ini adalah beberapa ‘tips’ kalau hendak ‘vacation’ ke luar begara yang kami amalkan selama ini.

Pertamanya, mesti mahir ‘serve, search internet’, mengenai tarikh-tarikh penerbangan yang ada ‘promotion’ atau ‘discount’ harga ‘flight’ yang agak murah. Seperti mana yang dilakukan oleh isteriku, sesuatu perjalanan mesti ditetapkan lebih awal, barangkali dua bulan atau tiga bulan dan mesti sentiasa meninjau tarikh ‘promotion/offer’ yang sesuai. Alhamdulillah, isteriku dapat harga tawaran daripada Ryanair, salah satu pakej penerbangan tambang murah di Eropah ini, seperti AirAsia kita. Semasa aku masih di Malaysia isteriku telah ‘booking’ awal ‘flight’ dan hotel-hotel yang turut ada ‘discount’ masa itu, tetapi hotel biasa sahajalah, bukan ada bintang hebat dan bersedia untuk berkongsi sumbat ramai orang di dalam satu bilik. Itupun kena ada strategi. Semua hotel memang ‘very strict’. Satu bilik mesti tidak lebih daripada tiga orang. Pandailah untuk ‘seludup’ orang masuk ke bilik, walaupun terpaksa lalu di hadapan mereka, melainkan ada pintu masuk yang lain atau boleh dicari atau bersedia untuk ‘share apartment’ yang murah. Pada mereka yang datang menerusi penerbangan terus daripada Malaysia, mestilah ada kenalan di sini dan kenalan inilah yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan atau kos perjalanan. Soal makan minum dan penginapan cuba diurus seminimum mungkin.

Keduanya, mesti bersedia memandu sendiri dan tentunya perlu menyewa kereta sewa. Di Eropah stering memandu di sebelah kiri, maka pandai-pandailah belajar pandu dengan cepat dan berhimah ketika itu juga. Maka, semua bayaran hendaklah dibuat lebih awal secara internet on-line. Jika tidak berkeluarga, jalan seorang atau tiada anak, padan dengan naik bas atau ‘train’, kerana belanjanya jauh lebih murah, walaupun hakikatnya tambang bas dan ‘train’ di Eropah sebenarnya lebih mahal. Ini termasuklah harga tiket, tol dan sebagainya. Expressway di Perancis sememangnya banyak tol, tetapi tiada di Switzerland dan Belgium. Pada amnya, ‘through internet’ adalah sedikit lebih murah. Pada kami yang berkeluarga besar, maka menyewa kereta ‘seven seater’ atau ‘nine seater’ amatlah diperlukan. Maka, bersedialah untuk belanja minyaknya untuk perjalanan dan mengisi penuh minyak semasa menghantar balik van/kereta ke tempat kereta sewa diambil.

Ketiganya, kami bukan kepala ‘shopping’, maka peruntukan kos ini hanyalah sedikit dan amat minimum. Mungkin bolehlah membeli sedikit ‘sorveniour’. Maka kita perlu tetapkan, tujuan melancong tersebut. Pada kami, tujuan kami melancong ialah hendak melihat negara lain dan mengambil apa jua kebaikan negara tersebut seperti menjaga keindahan alam sekitar, kemajuan pesat pengangkutan moden mereka, keindahan negara tersebut dan lain-lainnya yang terlintas di pemikiran kita masa itu. Setidak-tidaknya kita boleh membuat perbandingan dengan yang ada pada diri dan negara kita.
Keempatnya, pemilihan cuaca amatlah penting. Pada pengalaman dan pandangan kami, musim sejuk, walaupun siangnya singkat, amat sesuai untuk berjalan-jalan ke negara-negara sejuk ini. Sebab-sebabnya seperti berikut:-

i) Cuaca sejuk tidaklah terasa meletihkan. Padaku, negara yang dilawati ini amat luas dan perjalanan berjam-jam di dalam kenderaan sememangnya amat meletihkan. Ini memerlukan stamina dan konsentrasi yang lebih, apatah lagi di negara-negara ini, jalannya sememangnya sibuk dan kami pernah tersangkut lama di highway, terutama di Perancis. Jika boleh ada ‘spare driver’, lagi bagus, tetapi perlu diingat, kenderaan yang disewa, hanya penyewa sahaja boleh pandu. Jika keadaan terdesak, ‘second driver’ terpaksalah menggantikan, tetapi perlu pandu hati-hati. Di tengah Bandar Paris, kebanyakan pemandunya sememangnya memandu secara agresif, ‘reckless’ dan laju. Di Perancis boleh dikatakan Expressway boleh dipandu sehingga limit 130 km sejam. Musim sejuk menyebabkan kami terpaksa bekejar-kejar pantas pergi ke satu tempat dan tempat yang lain.

ii) Pelancong tidak berapa ramai semasa musim sejuk berbanding musim panas. Ada teman kami yang pergi ke Disneyland Park, Paris pada musim panas, terpaksa mengharungi cuaca yang lebih panas daripada Malaysia, lagipun penuh sesak dengan orang, amat sukar berjalan, bergerak, terpaksa berlaga-laga bahu macam di Makkah sahaja dan banyak tempat bahu kencing. Pada dirinya, mungkin budak-budak terutama anak ‘Mat Salleh’ ini pancut di mana-mana sahaja, asalkan dapat lepaskan hajat. Menurutnya, satu keluarga terpaksa minum banyak air kerana cepat dahaga dan ramai orang lelaki pakai nipis atau buka baju. Kalau yang perempuan,ramailah juga yang buka-bukaan. Musim sejuk tidak ada lelaki jalang ingin melihat-lihat sesuatu, sebab kebanyakannya berselimut habis, macam diikat di dalam guni.

iii) Aku telahpun menyatakan tadi, harga tempahan tiket, hotel, kereta sewa, kapal terbang, jika bijak melihat ‘offer’, nasib akan menyebelahi dan memperolehi ‘offer’ yang amat menarik dan dianggap mampu dibayar berbanding pada masa musim panas.
Persiapan yang kami lakukan adalah seperti berikut:-

i) Sediakan makanan yang siap-siap dimasak untuk berapa hari seperti gulai ayam, rendang daging sebab di Eropah dan khususnya di bandar-bandar besar seperti Paris, harga barang makanan amatlah mahal berbanding di U.K. apatah lagi ‘Euro currency’ kini mulai tinggi. Soalnya, adakah kita semua mampu membeli makanan atau makan di restoren di Paris? Pada masa yang sama bawalah periuk, pemanas makanan, ceret masak air, pinggan mangkuk yang seadanya, pisau dan barangan makanan asasi kita seperti beras, roti, buah-buahan, sardin, bawang, cili yang sudah ready-made untuk dimasak. Masukkanlah barang-barang ini di dalam satu beg besar yang tidak melebihi 15 kg. Jika lebih kg, Ryanair akan dikenakan bayaran. Untuk makluman semua teman, apabila cuaca sejuk, makanan yang dibawa tidak mudah basi. Jangan lupa, bawalah ‘adapter traveller’. Why I do need an electrical adapter when I travel overseas? The answer is very simple. Although technology is helping to make the world seem a lot smaller, there are still major differences between countries. Electrical standardization is one area where not much has changed since the original national standards were set by each country.

ii) ‘Tom Tom, portable GPS car navigation system’, cetak google map, peta Eropah untuk memudahkan urusan mencari dan menuju destinasi yang ditentukan. Amat mustahak, ada di dalam kenderaan itu ada orang yang cekap membaca peralatan tersebut.

iii) Kompas, sejadah dan Al-Quran kecil atau Surah Yasin hendaklah dibawa untuk urusan mencari arah qiblat dan menunaikan solat dan zikir mudah. Jangan lupa, cetak jadual solat dan lokasi masjid pada setiap bandar yang kita lawati dan jika ada masa carilah masjid di tengah bandar berkenaan. Di Brussels sahaja terdapat 21 buah masjid dan 350 masjid di seluruh Belgium. Di Paris juga terdapat empat masjid yang besar dan di antara yang ‘top’ iaitu Grande mosquée de paris, Paris. Jangan rasa malu untuk bertanya, sebab di tengah kota besar, seperti ini ramai orang Islam tinggal dan banyak kedai Islam menjual makanan dan minuman halal.

iv) Semua tempahan yang telah dibuat menerusi internet seperti tiket penerbangan, tempahan kereta sewa, hotel dan ‘paper works’ lainnya hendaklah dicetak dan dimasukkan ke dalam ‘clear holder’, hendaklah dibawa bersama-sama dokumen diri seperti passport bagi memudahkan semakan dan urusan di tempat-tempat berkenaan.

v) Peralatan toilet, pakaian atau baju sejuk, kasut, sarung tangan dan kaki yang sesuai dan pastinya boleh memanaskan seluruh badan termasuk kaki dan tangan hendaklah disediakan dan sebaik-baiknya setiap orang membawa ‘hand luggage’ yang tidak melebihi 10 kg. Anak-anak yang kecil mesti diperiksa pakaian yang sesuai untuk beberapa hari tersebut dan jika ada baby, maka peralatan baby seperti kereta sorong, ‘car seat’ hendaklah dibawa dan ini akan dikenakan bayaran tambahan oleh Ryanair. Jangan lupa bawa botol kosong untuk kegunaan di dalam tandas.

vi) Sediakan wang tambahan berbentuk tunai atau credit card, jika berlaku apa-apa kecemasan atau terdesak, bolehlah digunakan dengan serta merta.

vii) Alat perakam video, kamera digital, hand phone, komputer riba dan sebagainya untuk aktiviti mengambil gambar kenang-kenangan.

viii) Sebelum bertolak melancong, pastikan diri cukup bertenaga dan minda bersedia untuk ‘such a long journey’ dan bersolat musafir untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua. Semua ahli rombongan hendaklah bersedia bersabar dan cepat ‘adjust’ dengan semua karenah perjalanan yang akan ditempuhi nanti.

ix) Pelajari sedikit bahasa negara berkenaan. Pada aku sememangnya sukar sedikit untuk berkomunikasi dengan sesiapa, kerana mereka amat gemar dan megah berbahasa mereka sendiri. Jika keadaan terdesak, barulah mereka cuba bercakap dalam bahasa Inggeris.

Berjumpa lagi untuk perjalanan yang sebenar di ruangan berikutnya. Lihat album penuh di sini.

Sahabatmu Razali Bin Tumirin
32, Sidmouth Street,
Hull, HU5 2LB,
U.K.
tel: 00441482444597 (home)




Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

3 Komentar

Post a Comment