Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

PROGRAM SEMARAK HIJAU  

Salam kepada semua penduduk sekitar Jeram, Kuala Selangor,

Program Semarak Hijau peringkat DUN Jeram akan diadakan mulai Jumaat 23 Disember-25 Disember 2011.

Program bermula dengan ceramah di Saujana Utama pada malam 23 Disember diikuti dengan pelbagai aktiviti lawatan, ziarah, gotong royong membersihkan rumah, masjid, minum pagi di warong bersama YB, (minum percuma) dan malam dendangan oleh penghibur popular.

Tumpuan lokasi adalah di Kg Bukit Cherakah, Kg. Bukit Kuching, Kg. Bukit Tengah, Puncak Alam dan sepanjang jalan pantai Jeram.

Beberapa orang kenamaan/YB akan turun padang, termasuklah Dr. Dzul, YAB Dato' Menteri Besar, Pesuruhjaya Dr. Rani, Dr. Halimah.

Program turun padang menemui rakyat turut disertai oleh bakal-bakal calon PAS yang akan bertanding di DUN fokus ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut program ini, sila berkunjang ke Jeram pada tarikh-tarikh berkenaan dan lihatlah banner dan banting serta handout atau poster diletakkan di tempat-tempat strategik.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button