Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

CERAMAH UMUM  

Ceramah umum akan berlangsung seperti berikut:-

Tarikh: 30 Mei 2010 (hari Ahad malam Isnin)

Masa: 9.30 malam

Tempat: Markaz Besar PAS, Jalan Masjid, Kg. Bukit Hijau, Jeram

Penceramah Jemputan: Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat &

YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Semua dijemput hadir.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

PROGRAM PENDEMOKRASIAN RAKYAT  

Pada hari semalam, Sabtu, 22 Mei, 2010 Pakatan Rakyat Negeri Selangor melancarkan program Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan Pakatan Rakyat selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru. Pelancaran program diadakan di Bangunan SUK, Shah Alam dan diaktifkan di seluruh negara.

Program ini meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.

Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan ditetapkan lapan minggu bagi proses pendaftaran pemilih baru dan setiap mereka yang bertugas perlu bertemu dengan penduduk setempat mengikut cawangan atau kawasan masing-masing, ini bagi memastikan penduduk setempat yang berkelayakan telah berdaftar sebagai pemilih.

Mohon semua aktiviti di UPU/cawangan khususnya di DUN 12 Jeram dirancang ke arah pendaftaran pemilih baru atau pengundi muda. Mohon Maklumat Isi Rumah (MIR) dilengkapkan dengan sempurna.

Untuk makluman, alamat e-mel pengarah MTD Jeram, Kuala Selangor yang baru ialah abuhidayat7361@gmail.com

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button