Jeramkini

Aman Makmur di Bawah Satu Naungan.

Coretan Pena Musafir 2 : Perjalanan ke Eropah  

Admin : Berikut adalah sambungan catatan perjalanan Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin.

Perjalanan ke Eropah

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t.seperti yang aku nyatakan tempoh hari, aku bersama-sama isteri, Rokimah dan anak-anakku lima orang, Muhammad Fathul Ehsan (Fathul), Zahra Nahdia (Nahdia), Muhammad Nashrul Deen (Nash), Muhammad Khairul Hakim (Hakim) dan Hidayat dan seorang anak buahku, Muhammad Syahid (Syahid) Abdul Rahim anak adik iparku, Hasnah, pensyarah/ketua jabatan perdagangan di Politeknik Seberang Perai dapat melancong ke Brussels, Belgium, Paris, Peranchis, Zurich, Switzerland mulai 15 - 19 Disember. Kami bertolak dengan satu keluarga lain, Mohd Zahari Ismail (anak bongsuku kata senang disebut “Uncle Z”). Beliau bersama-sama isteri, enam anaknya termasuk seorang baby girl berusia lapan bulan, yang dilahirkan di bumi U.K. bertolak bersama-sama kami pada tarikh yang dijadualkan.

Isteriku, merupakan ‘master plan for the trip’. Aku wajar ‘respect her’ banyak-banyak padanya. Kalau tidak puji isteri, siapa yang hendak pujikan. Seperti yang sama kami lalui dan tempuhi semasa perjalanan yang jauh ke Stockholm, Sweden, Copenhagen, Denmark, Oslo, Norway dan Turku, Finland, pada hujung Mac 2008 hingga awal bulan April 2008 yang lepas, persediaan rapi sememangnya perlu difikirkan. Ramai orang kata seronok melancong tetapi kena ‘stand-by’ yang paling mustahak ‘ongkosnya’ mahu lebih sedikit. Pada kebanyakan orang berpendapat sebegitu, tetapi padaku seperti mana isteriku, kekerapan melancong seperti kami lakukan di USA dan Canada, ada beberapa perkara patut diambil perhatian.

Pada mereka yang sudah duduk belajar dan bekerja di luar negara sememangnya ada banyak ‘advantageous’ disebabkan kebanyakan merekapun sememangnya kaki berjalan, kami senang mendapat maklumat daripada teman-teman yang terdahulu yang berkesempatan melawat sesuatu tempat tertentu. Kebijaksanaan diperlukan untuk mengetahui soal penjimatan.Ini tidak bermakna, mereka yang datang terus dari Malaysia akan berbelanja lebih besar dan tidak mampu melawat. Ini adalah beberapa ‘tips’ kalau hendak ‘vacation’ ke luar begara yang kami amalkan selama ini.

Pertamanya, mesti mahir ‘serve, search internet’, mengenai tarikh-tarikh penerbangan yang ada ‘promotion’ atau ‘discount’ harga ‘flight’ yang agak murah. Seperti mana yang dilakukan oleh isteriku, sesuatu perjalanan mesti ditetapkan lebih awal, barangkali dua bulan atau tiga bulan dan mesti sentiasa meninjau tarikh ‘promotion/offer’ yang sesuai. Alhamdulillah, isteriku dapat harga tawaran daripada Ryanair, salah satu pakej penerbangan tambang murah di Eropah ini, seperti AirAsia kita. Semasa aku masih di Malaysia isteriku telah ‘booking’ awal ‘flight’ dan hotel-hotel yang turut ada ‘discount’ masa itu, tetapi hotel biasa sahajalah, bukan ada bintang hebat dan bersedia untuk berkongsi sumbat ramai orang di dalam satu bilik. Itupun kena ada strategi. Semua hotel memang ‘very strict’. Satu bilik mesti tidak lebih daripada tiga orang. Pandailah untuk ‘seludup’ orang masuk ke bilik, walaupun terpaksa lalu di hadapan mereka, melainkan ada pintu masuk yang lain atau boleh dicari atau bersedia untuk ‘share apartment’ yang murah. Pada mereka yang datang menerusi penerbangan terus daripada Malaysia, mestilah ada kenalan di sini dan kenalan inilah yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan atau kos perjalanan. Soal makan minum dan penginapan cuba diurus seminimum mungkin.

Keduanya, mesti bersedia memandu sendiri dan tentunya perlu menyewa kereta sewa. Di Eropah stering memandu di sebelah kiri, maka pandai-pandailah belajar pandu dengan cepat dan berhimah ketika itu juga. Maka, semua bayaran hendaklah dibuat lebih awal secara internet on-line. Jika tidak berkeluarga, jalan seorang atau tiada anak, padan dengan naik bas atau ‘train’, kerana belanjanya jauh lebih murah, walaupun hakikatnya tambang bas dan ‘train’ di Eropah sebenarnya lebih mahal. Ini termasuklah harga tiket, tol dan sebagainya. Expressway di Perancis sememangnya banyak tol, tetapi tiada di Switzerland dan Belgium. Pada amnya, ‘through internet’ adalah sedikit lebih murah. Pada kami yang berkeluarga besar, maka menyewa kereta ‘seven seater’ atau ‘nine seater’ amatlah diperlukan. Maka, bersedialah untuk belanja minyaknya untuk perjalanan dan mengisi penuh minyak semasa menghantar balik van/kereta ke tempat kereta sewa diambil.

Ketiganya, kami bukan kepala ‘shopping’, maka peruntukan kos ini hanyalah sedikit dan amat minimum. Mungkin bolehlah membeli sedikit ‘sorveniour’. Maka kita perlu tetapkan, tujuan melancong tersebut. Pada kami, tujuan kami melancong ialah hendak melihat negara lain dan mengambil apa jua kebaikan negara tersebut seperti menjaga keindahan alam sekitar, kemajuan pesat pengangkutan moden mereka, keindahan negara tersebut dan lain-lainnya yang terlintas di pemikiran kita masa itu. Setidak-tidaknya kita boleh membuat perbandingan dengan yang ada pada diri dan negara kita.
Keempatnya, pemilihan cuaca amatlah penting. Pada pengalaman dan pandangan kami, musim sejuk, walaupun siangnya singkat, amat sesuai untuk berjalan-jalan ke negara-negara sejuk ini. Sebab-sebabnya seperti berikut:-

i) Cuaca sejuk tidaklah terasa meletihkan. Padaku, negara yang dilawati ini amat luas dan perjalanan berjam-jam di dalam kenderaan sememangnya amat meletihkan. Ini memerlukan stamina dan konsentrasi yang lebih, apatah lagi di negara-negara ini, jalannya sememangnya sibuk dan kami pernah tersangkut lama di highway, terutama di Perancis. Jika boleh ada ‘spare driver’, lagi bagus, tetapi perlu diingat, kenderaan yang disewa, hanya penyewa sahaja boleh pandu. Jika keadaan terdesak, ‘second driver’ terpaksalah menggantikan, tetapi perlu pandu hati-hati. Di tengah Bandar Paris, kebanyakan pemandunya sememangnya memandu secara agresif, ‘reckless’ dan laju. Di Perancis boleh dikatakan Expressway boleh dipandu sehingga limit 130 km sejam. Musim sejuk menyebabkan kami terpaksa bekejar-kejar pantas pergi ke satu tempat dan tempat yang lain.

ii) Pelancong tidak berapa ramai semasa musim sejuk berbanding musim panas. Ada teman kami yang pergi ke Disneyland Park, Paris pada musim panas, terpaksa mengharungi cuaca yang lebih panas daripada Malaysia, lagipun penuh sesak dengan orang, amat sukar berjalan, bergerak, terpaksa berlaga-laga bahu macam di Makkah sahaja dan banyak tempat bahu kencing. Pada dirinya, mungkin budak-budak terutama anak ‘Mat Salleh’ ini pancut di mana-mana sahaja, asalkan dapat lepaskan hajat. Menurutnya, satu keluarga terpaksa minum banyak air kerana cepat dahaga dan ramai orang lelaki pakai nipis atau buka baju. Kalau yang perempuan,ramailah juga yang buka-bukaan. Musim sejuk tidak ada lelaki jalang ingin melihat-lihat sesuatu, sebab kebanyakannya berselimut habis, macam diikat di dalam guni.

iii) Aku telahpun menyatakan tadi, harga tempahan tiket, hotel, kereta sewa, kapal terbang, jika bijak melihat ‘offer’, nasib akan menyebelahi dan memperolehi ‘offer’ yang amat menarik dan dianggap mampu dibayar berbanding pada masa musim panas.
Persiapan yang kami lakukan adalah seperti berikut:-

i) Sediakan makanan yang siap-siap dimasak untuk berapa hari seperti gulai ayam, rendang daging sebab di Eropah dan khususnya di bandar-bandar besar seperti Paris, harga barang makanan amatlah mahal berbanding di U.K. apatah lagi ‘Euro currency’ kini mulai tinggi. Soalnya, adakah kita semua mampu membeli makanan atau makan di restoren di Paris? Pada masa yang sama bawalah periuk, pemanas makanan, ceret masak air, pinggan mangkuk yang seadanya, pisau dan barangan makanan asasi kita seperti beras, roti, buah-buahan, sardin, bawang, cili yang sudah ready-made untuk dimasak. Masukkanlah barang-barang ini di dalam satu beg besar yang tidak melebihi 15 kg. Jika lebih kg, Ryanair akan dikenakan bayaran. Untuk makluman semua teman, apabila cuaca sejuk, makanan yang dibawa tidak mudah basi. Jangan lupa, bawalah ‘adapter traveller’. Why I do need an electrical adapter when I travel overseas? The answer is very simple. Although technology is helping to make the world seem a lot smaller, there are still major differences between countries. Electrical standardization is one area where not much has changed since the original national standards were set by each country.

ii) ‘Tom Tom, portable GPS car navigation system’, cetak google map, peta Eropah untuk memudahkan urusan mencari dan menuju destinasi yang ditentukan. Amat mustahak, ada di dalam kenderaan itu ada orang yang cekap membaca peralatan tersebut.

iii) Kompas, sejadah dan Al-Quran kecil atau Surah Yasin hendaklah dibawa untuk urusan mencari arah qiblat dan menunaikan solat dan zikir mudah. Jangan lupa, cetak jadual solat dan lokasi masjid pada setiap bandar yang kita lawati dan jika ada masa carilah masjid di tengah bandar berkenaan. Di Brussels sahaja terdapat 21 buah masjid dan 350 masjid di seluruh Belgium. Di Paris juga terdapat empat masjid yang besar dan di antara yang ‘top’ iaitu Grande mosquée de paris, Paris. Jangan rasa malu untuk bertanya, sebab di tengah kota besar, seperti ini ramai orang Islam tinggal dan banyak kedai Islam menjual makanan dan minuman halal.

iv) Semua tempahan yang telah dibuat menerusi internet seperti tiket penerbangan, tempahan kereta sewa, hotel dan ‘paper works’ lainnya hendaklah dicetak dan dimasukkan ke dalam ‘clear holder’, hendaklah dibawa bersama-sama dokumen diri seperti passport bagi memudahkan semakan dan urusan di tempat-tempat berkenaan.

v) Peralatan toilet, pakaian atau baju sejuk, kasut, sarung tangan dan kaki yang sesuai dan pastinya boleh memanaskan seluruh badan termasuk kaki dan tangan hendaklah disediakan dan sebaik-baiknya setiap orang membawa ‘hand luggage’ yang tidak melebihi 10 kg. Anak-anak yang kecil mesti diperiksa pakaian yang sesuai untuk beberapa hari tersebut dan jika ada baby, maka peralatan baby seperti kereta sorong, ‘car seat’ hendaklah dibawa dan ini akan dikenakan bayaran tambahan oleh Ryanair. Jangan lupa bawa botol kosong untuk kegunaan di dalam tandas.

vi) Sediakan wang tambahan berbentuk tunai atau credit card, jika berlaku apa-apa kecemasan atau terdesak, bolehlah digunakan dengan serta merta.

vii) Alat perakam video, kamera digital, hand phone, komputer riba dan sebagainya untuk aktiviti mengambil gambar kenang-kenangan.

viii) Sebelum bertolak melancong, pastikan diri cukup bertenaga dan minda bersedia untuk ‘such a long journey’ dan bersolat musafir untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua. Semua ahli rombongan hendaklah bersedia bersabar dan cepat ‘adjust’ dengan semua karenah perjalanan yang akan ditempuhi nanti.

ix) Pelajari sedikit bahasa negara berkenaan. Pada aku sememangnya sukar sedikit untuk berkomunikasi dengan sesiapa, kerana mereka amat gemar dan megah berbahasa mereka sendiri. Jika keadaan terdesak, barulah mereka cuba bercakap dalam bahasa Inggeris.

Berjumpa lagi untuk perjalanan yang sebenar di ruangan berikutnya. Lihat album penuh di sini.

Sahabatmu Razali Bin Tumirin
32, Sidmouth Street,
Hull, HU5 2LB,
U.K.
tel: 00441482444597 (home)




Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Liqa' Bulanan Jeram 'B' bersama Ustaz Ramli Sidum  

Sambutan menggalakkan dari warga Puncak Alam dan Saujana Utama.

28 Disember 2008 : Lajnah Tarbiyaah PAS Kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama PAS Jeram B telah menganjurkan Liqa' Bulanan bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat Fasa 2, Puncak Alam.


Majlis yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Selangor, Ustaz Zulhasnan telah menampilkan Ustaz Ramli Sidum yang membawa tajuk Fiqh Amal Islami, iaitu salah sebuah kertas kerja karangan Ustaz Harun Taib.

Liqa' bulanan ini akan diadakan setiap minggu ke empat pada hari Ahad malam Isnin pada pukul 9.30 malam.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Pelancaran Jentera Pilihanraya MTD Jeram  

Penyerahan Tabung sempena Pelancaran Dana PRU13.
Album penuh di sini.

20 Disember 2008 : Majlis Tindakan DUN Jeram telah menganjurkan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bertempat di Pusat Tarbiyyah PAS Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad turut dihadiri oleh seluruh petugas PAS DUN Jeram termasuk beberapa orang wakil Kelab Penyokong PAS kaum India yang diketuai oleh Saudara Rajan.

Turut memberi ucapan pada malam itu ialah Sdr Rosham Muhammad selaku pengarah program, Ustaz Selamat Hasir yang mewakili Pengarah MTD yang kini berada di luar negara, bekas calon PAS Jeram, Ustaz Khairi Darmo.

Diharapkan majlis pelancaran jentera pilihanraya kali ini menjadi titik tolak kepada wujudnya kerjasama erat dikalangan ahli dan penyokong untuk agar bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Seperti kata-kata penutup pengerusi majlis pada malam itu, iaitu 'apa yang penting....KERJASAMA!!


Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Kaunter Zakat di Puncak Alam & Saujana Utama  

Kaunter Sementara Lembaga Zakat Selangor akan dibuka seperti berikut:

Tarikh : 20 & 21 Disember 2008 / 27 & 28 Disember 2008

Masa : 9.30 pagi - 2.30 petang


Tempat :
Pasaraya Central Mart, Saujana Utama
Lot Kedai Shah Alam 2, Puncak Ala

Hubungi : 019-3880781 / 019-3880784 / 019-3888127


Muslimin Muslimat dijemput hadir


Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Forum Bicara Ad-Din : Harta & Kebahagiaan Hidup  

Tarikh : 20 Disember 2008
Tempat : Surau al-Muttaqin Fasa 3, Bandar Puncak Alam.
Masa : 9.00 malam

Ahli Panel :
1. Hj Mohd Helmi Ahmad
2. Hj Abdul Razak Razali

Moderator : En Mohd Juwahir Ra'iman

Jamuan disediakan & semua dijemput hadir


Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Coretan Pena Musafir 1 : Hull Yang Dingin  

Nota Admin : Pengarah MTD Jeram, Hj Razali Tumirin sekarang berada di UK kerana isterinya yang menyambung pelajaran di sana. Justeru, pihak Jeramkini telah meminta jasa baik beliau agar dapat sama-sama berkongsi cerita suka dan duka sepanjang beliau di sana. Alhamdulillah, cadangan kami disambut baik oleh beliau, dan tanpa menunggu lama, kami terima emel catatan diari beliau yang kami namakan Coretan Musafir.

Kepada pembaca sekalian, teruslah bersama dgn blog ini kerana siri seterusnya akan menyusul tidak lama lagi. Supaya tidak ketinggalan, jangan lupa untuk subsribe dan anda akan menerima emel secara automatik bila blog ini diupdate. Subscribe di sini.

Assalamualaikum, wrbth.

Apa khabar semua teman terutama di Saujana Utama, Seri Pristana, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam di semua fasa dan yang boleh mengakses e-mel ini. Bacalah coretan perjalanan kehidupan saya untuk penghibur teman semua.

Pertama, aku ucapkan terima kasih atas sokongan dan galakan keluargaku dan teman-temanku yang aku suatu ketika menyuarakan cadangan dan berhajat ke U.K. untuk menziarahi keluarga di sana. Keduanya, aku turut berterima kasih kepada sahabatku, Ustaz Mohd Sharoni Ismail yang sudi menghantarku ke KLIA, walaupun jadualnya agak 'ketat' hari itu.

Aku bertolak ke U.K. dengan pesawat Etihad Airways, EY411 pada jam tepat 9.10 malam menuju ke Abu Dhabi International Airport dan sampai di lapangan terbang ini pada jam 12.30, waktu UAE dan terpaksalah 'lepak' di musollah sehingga jam 1.30 tengahari kerana tiada' flight' kosong ke Manchester. Aku cuba 'request' hotel tetapi tidak dapat layanan.

Alhamdulillah, pada tengahari itu aku dapat berlepas dengan pesawat EY21 dan aku telahpun sampai di bumi England pada hari Khamis, malam Jumaat, waktu sudah gelap, kira-kira jam 5.22 malam, waktu tempatan dan disebabkan musim sejuk (winter), waktu malamnya agak panjang berbanding waktu siang.

Aku sampai rumah di Hull, kira-kira jam 9.35 malam. Perjalanan dari Manchester Airport mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke kediamanku. Itupun dianggap agak cepat disebabkan jalan menghala ke Hull, tidak 'jammed', lagipun anak lelakiku, Fathul namanya, yang sedang cuti semester, belajar di Uitm, Arau telah sampai lebih awal ke U.K., agak berani memandu laju sehingga 80 batu sejam, walaupun jalan agak basah kerana hujan. Dengan cuaca dingin serendah 2 darjah celcius, aku merasakan suasana sejuk memasuki tulang, lagipun agak lama juga sudah tidak rasa kesejukan yang sebegini. Kereta yang aku beli, semasa belajar di U.K. dahulu masih gagah bergerak di atas Motorway (highway) M62.

Kereta Renault Megane 1.6, tahun 1997 yg aku beli lebih kurang £675.00 semasa belajar bulan Oktober 2006, nampaknya masih lasak dan cergas di jalan raya. Sememangnya kereta, terutama 'second hand' dijual agak murah.

Walaupun agak keletihan ketika ini, namun aku puas setelah hampir setahun dua bulan duduk 'seorang diri' tanpa isteri dan anak, semata-mata hendak menyelesaikan kontrak dengan JPA, selama setahun. Kita wajib bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa jua 'tanggungan' yang ada. Setelah selesai, aku rasa lega.

Hingga hujung bulan dan tahun ini, aku mengambil cuti rehat, yang bergaji penuh. Tidak bermakna, aku hendak 'lari' daripada tugas. Cuti rehatku wajar dihabiskan, kalau tidak ianya 'burn', tidak boleh di bawa ke hadapan ('carry forward'). Aku ambil kesempatan ini sebaik-baiknya.

Aku akan bercuti tanpa gaji mulai 1 Januari, 2009 hingga 24 September, 2009 dahulu. Ianya bergantung kepada pengajian isteriku di peringkat PhDnya. Kalau perlu disambung lagi, mungkin sampai September, 2010. Ini turut bergantung kepada keadaan anak perempuanku yang sedang belajar 'A levels' di St. Mary's College dan anak ketigaku yang sedang mengambil bidang BTEC diploma in Engineering di Hull College. Kedua-duanya berada di Sixth Form, High School.

Inilah kehidupan yang tidak sunyi dengan liku-liku, pengorbanan dan tidak pernah mengenal erti keletihan, sehingga sepupu perempuanku yang tinggal di Seksyen 11, Kota Damansara, selalu menyatakan aku ini orang yang tidak jemu-jemu untuk belajar kesusahan, keperitan dan rintangan. Beliau ada bertanya kepadaku, bilakah agaknya abang boleh duduk sama-sama anak isteri, sebabnya daripada mula berkahwin pada 21 Jun 1987 hingga sekarang selalu berpindah-randah, macam 'orang nomad'?

Aku sememangnya seronok macam ini sekadar untuk mencari pengalaman kesabaran dan yang paling mustahak dapat sentiasa belajar untuk mempunyai sifat tolak ansur sesama ahli keluarga dan orang lain. Saya turut belajar berkomunikasi dengan berkesan dan menjadi pendengar yang baik di samping berusaha untuk mengawal emosi atau ego yang tinggi.

Jumaat tadi, dapat aku berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Pearson Park dan sempat berbual-bual dengan teman-teman belajar dahulu tetapi tidak boleh lama berdiri di luar kerana cuaca amat sejuk. Tidak semua aku dapat bertemu kerana ada teman-teman lain bersolat di universiti. University of Hull turut membenarkan 'Islamic Association" menganjurkan solat Jumaat di 'prayer room' yang khas, disediakan. Jumaat kali ini amat singkat khutbahnya, lebih kurang 12 minit sahaja dan tepat 1.14 tengahari terus solat. Aku nampak khatib dan imam orangnya agak muda dan bagus juga dapat mendengar khutbah ringkas, padat dan masih menggunakan bahasa Arab sebagai medium penyampaiannya. Sebenarnya, sebelum khutbah itu, para jemaah telahpun mendengar tazkirah panjang dalam bahasa Bangaladeshi, yang aku sendiri tidak faham sepatahpun. Sebab itu, kami di sini suka datang lambat sedikit, hanya untuk mendengar khutbah dalam bahasa Arab sahaja. Aku bolehlah faham, walaupun tidak semua. Di universiti, khutbah dalam bahasa Inggeris tidaklah masalah besar, kerana khatib di kalangan student dan penyampainya 'our arab brothers' dan kesemuanya dapat berbahasa dengan baik.

Aku tidaklah terasa letih apabila dapat mencium anakku yang bongsu, Muhammad Nur Hidayat (Hidayat), sekatang di 'Year Three', bersekolah di Sidmouth Primary School, walaupun usianya baru tujuh tahun.

Hari Sabtu 12 Disember, 2008 kira-kira jam 6.15 petang (malam) kami ada usrah muslimin.

Kini aku sedang bersiap-siap dan berkemas untuk perjalanan makan angin ke Brussels, Belgium, Zurich, Switzerland dan Paris, Peranchis mulai 15 - 19 Disember, ini.

Untuk sementara ini, sekadar ini coretan yang sempat dirakamkan.

Razali

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Khutbah Aidil Adha YB Dr Dzul di DUN Jeram  

Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad memberi Khutbah Raya Aidil Adha 1429H di Masjid Nurul Amin, Kg Bukit Kuching Tengah, Jeram, Kuala Selangor.
Lagi gambar di sini.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Wawancara Eksklusif YB Dr Dzulkefly Ahmad : Soalan Paling 'Nakal'?  

Pengarah MTD Jeram Hj. Razali Bin Tumirin sempat menemuramah bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr. Dzulkefly Bin Ahmad pada 30 November, 2008 bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor. Banyak isu-isu menarik ditimbulkan terutamanya tentang Kuala Selangor. Agak melucukan bila YB Dr Dzul ditanya soalan 'paling nakal' oleh Hj Razali. Ikuti wawancara penuh bersama YB Dr Dzul

Soalan: Sudah hampir sembilan bulan YB sebagai wakil rakyat, nampaknya semakin hari semakin sibuk melayan kehendak dan karenah para pengundi. Barangkali amat meletihkan?

Jawapan YB: Sebagai “first timer” Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang dianggap ahli parlimen baru (‘junior’), setelah kita diberi mandat besar, ramai yang yang tidak boleh meramalkanpun, akan kemenangan ini dan saya sebagai Ahli Parlimen terpanggil dan merasa bertanggungjawab dan sebenarnya cukup perihatin dengan pengharapan rakyat atas dasar sokongan yang telah diberi. Apabila kita telah menang tanggungjawab itu, sebenarnya merentasi semua bangsa, budaya dan agama. Bahkan setelah selesai pilihanraya, soal warna tidak dibicarakan. Maka, sebagai wakil rakyat dianggap pengurus harapan rakyat (actual expectation). Tentunya, ianya amat ‘meletihkan’ kerana bergelumang 24 jam, ‘around the clock’ untuk memenuhi pengharapan mereka. Ada tiga fungsi yang saya boleh mainkan iaitu;

Pertamanya, selaku Ahli Parlimen Malaysia yang bertanggungjawab sebagai “Law Maker”, atau “Legislator” dan tentunya memerlukan persediaan untuk perbahasan dan penghujahan ketika berada di Parlimen. Dalam hal ini, saya beruntung kerana saya mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Penyelidikan PAS Pusat dan saya boleh akses kepada pelbagai informasi.

Keduanya , kita perlu mengetahui rakyat di Kuala Selangor, pengundinya ramai yang menetap di pinggir bandar belum dapat membezakan peranan ahli parlimen dengan ADUN. Mereka anggap sama sahaja. Saya terpaksa “turun padang” berperanan seumpama seorang ADUN, berperanan sebagai pemantau tiga aspek; Sampah, Longkang dan Rumput (SLR). Bahkan kalau ada kematian, kemalangan, ribut, saya terpaksa tengok/jengok mereka, terutama yang duduk di kampung-kampung. Mungkin tidak di kawasan bandar. Mungkin saya telah dapat menjawab, apa yang dimaksudkan dengan perkataan “meletihkan” tetapi saya anggap sebagai satu kepuasan (‘satisfaction’), sebagai wakil rakyat untuk memenuhi tuntutan mereka.

Ketiganya, saya juga adalah seorang anggota parti dan masih sebagai seorang Pengarah Penyelidikan PAS Pusat dan sekretariat PR. Saya sifatkan bidang tugas saya bersifat ‘multi-tasking’ ini, amnya hendak digarap dalam satu masa, mungkin tepat sebagai “meletihkan” tetapi saya seronok menunaikannya.

Soalan: Apakah perkara-perkara yang sering diajukan oleh rakyat dan bagaimana cara/pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan mereka?

Jawapan YB: Saya membahagikan segmen pengundi kepada dua kelompok, satunya, pendapatan rendah dan keduanya “middle to upper middle” dan profesional seperti mereka yang mendiami taman-taman seperti di Taman Saujana, Bandar Puncak Alam atau di Ijok. Kelompok golongan berpendapatan rendah boleh dilihat seperti nelayan yang tinggal seperti di Keramat, Kuala Selangor, Asam Jawa, Batu 20 Jeram, Sg. Sembilang, kelompok kedua petani dan ketiga pekerja-pekerja ladang. Mereka berada di kepompong kemiskinan. Mereka dianggap sasaran utama dalam memberi perkhidmatan dan keperihatian saya. Kehendak mereka terlalu “basic needs for survival”, seperti keperluan rumah, makan minum, pendidikan, menyelesaikan bil, contoh dua bulan tidak dibayar bil mereka akan menemui wakil rakyat. Contoh rumah bocor, saya terpaksa pergi menengok keadaan sebenar dan setibanya hujan lebat, saya nampak sendiri air jatuh mencurah-curah mengenai katil sampai basah. Mereka tertekan dengan kehidupan, seperti kenaikan harga barang dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Maka, saya terpaksa turun dengan pegawai-pegawai Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan kesempitan kehidupan mereka. Jika ini berlaku, mereka seolah-olah tidak nampak bagaimana hendak memajukan anak-anak mereka dengan pendidikan sedangkan pendidikan yang akan mengeluarkan mereka daripada kemiskinan tegar.

Kelompok yang kedua berbeza sedikit kerana mereka melihat dari aspek kualiti kehidupan. Contohnya, apabila saya dijemput merasmikan persatuan-persatuan penduduk, mereka ada tujuan, supaya wakil rakyat perlu mendengar dan menyelesaikan kualiti penyampaian seperti tambahan sekolah, kemudahan-kemudahan rekreasi, permainan kanak-kanak dan keceriaan di sekitar taman mereka. Isu keselamatan juga menjadi agenda mereka. Mereka juga hendak sekolah tambahan untuk anak-anak mereka seperti yang berlaku di Saujana Utama dan Desa Coalfields. Ini semuanya berkait rapat dengan isu kualiti kehidupan dan status.

Pendekatan terpenting untuk kelompok orang-orang miskin, bukan hendak diselesaikan “day to day basic” tetapi mencari ruang menambah pendapatan.

Soalan: Mengenai orang Melayu, di kawasan YB, ada seramai hampir 61% pengundi,, bagaimana YB melihat kedudukan orang Melayu dalam memajukan ekonomi dan pendidikan anak-anak mereka?

Jawapan YB: Pendekatan saya sebenarnya, merentasi kaum dan budaya bahkan agama, namun saya ditanyakan soalan keMelayuan, maka saya cuba memberi jawapan begini;
Saya dapat melihat kepada Kaum Melayu/Islam yang terperangkap dalam garis kemiskinan, maka, sejak saya menjadi wakil rakyat, saya diberi peluang dan kesempatan untuk naik mimbar sebagai khatib pada hari Jumaat, dan menyampaikan tazkirah di masjid dan di surau-suarau. Mulai bulan Ramadan yang lalu, saya boleh merangsang atau menyuntik semangat dari tiga aspek iaitu perubahan pemikiran, terutama perubahan terhadap pendidikan, pegangan agama, moral dan menjadikan ibubapa/ketua isi rumah yang berpotensi membekalkan mutu kehidupan sebagai suatu jihad yang dituntut oleh agama. Mereka jangan mengambil mudah, sehingga anak-anak mereka masih berada seperti mereka. Saya menyuntik mereka dengan motivasi berterusan dan saya serius agar mereka dapat dikeluarkan daripada kemiskinan tegar. Sebab itu saya saya selalu sarankan mereka agar pentingkan pelajaran/pendidikan. Mereka tidak pernah menghayati perkara ini.

Kita juga memberi maklumat kepada mereka bahawa kerajaan PR ingin membantu mereka dan kita ada agensi-agensi kerajaan yang boleh menyalurkan bantuan dan berusaha menolong mereka, menerusi Pusat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Luar Bandar dan Pejabat Daerah. Terkini, kerajaan Selangor ada melancarkan projek “Laman Dapur” dan Kuala Selangor dijadikan program “anak angkat” untuk membolehkan mereka bercucuk tanam di sekitar rumah dan selepas itu ada orang datang membeli hasil tanaman mereka. Bahkan dengan penubuhan Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor (PERKAWANIS) yang dipengerusi oleh isteri YAB Menteri Besar dilihat positif dalam menggalakkan kaum wanita untuk berkecimpung dalam mempromosikan menanam apa sahaja di pinggir-pinggir rumah. Jika mereka boleh mengusahakan tanaman dan hasilnya boleh dijual, tentunya mereka mempunyai pendapatan tambahan.

Program-program remaja turut kita laksanakan bersama-sama kerajaan negeri dan Yayasan Selangor. Kita memberi latihan belia dari aspek akademik, keusahawan, kemahiran dan kerjaya. Kami akan cuba dapatkan profil mereka terlebih dahulu. Mereka yang tamat belajar atau selepas SPM yang rata-rata dianggap menganggur ini, setelah mereka menyempurnakan latihan, kita akan berusaha membantu mereka mencari pekerjaan.

Soalan: Secara khusus apakah bentuk bantuan pada mereka yang tinggal di ladang-ladang?

Jawapan YB: Mereka yang tinggal di ladang-ladang ini, hanya pentingkan “survival”. Saya difahamkan beratus mereka yang tinggal tanpa seorang bapa atau suami. Contohnya, apabila suami meninggal dunia, keluarga mereka masih tinggal di ladang-ladang dengan menagih simpati dan ikhsan daripada orang ramai. Kita berusaha untuk membina rumah untuk mereka yang mampu (“affordable” ) dibayar dengan kemudahan-kemudahan asas yang sesuai. Perkara ini saya sudah ajukan “proposal” kepada YB Iskandar Abdul Samad,aEXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor. Kerajaan ada peruntukan sejumlah RM1.4 bilion dan kita perlu memperolehi tanah yang sesuai sama ada kepunyaan syarikat ladang dengan tawaran harga yang rendah daripada harga pasaran atau tanah-tanah kerajaan negeri untuk dijadikan tapak perumahan yang sesuai dan berdekatan dengan kediaman mereka. Kita ingin melihat di Kuala Selangor ini, kita ada projek yang nampak berkesan yang boleh memindahkan mereka ke satu kawasan perumahan yang tersusun dsan sistematik. Saya ingin melihat projek ini benar-benar berjaya. Salah satunya dirancang ialah di Ijok.

Jika kita mampu melaksanakan projek seumpama ini, walaupun kita hanya berkesempatan memerintah baru dua ke tiga tahun, namun kita telah berupaya menunjukkan kepada rakyat betapa kita telah berupaya menyelesaikan masalah mereka dan tentunya mereka berasa berbaloi menyokong kita.

Kita bukan rakus mengambil tanah untuk kepentingan peribadi seperti yang dibuat oleh YB-YB BN dan sebenarnya saya ada angka/data dan statistik betapa mereka mengambil tanah untuk menjadi hak mereka. Saya rasa tidak perlu saya dedahkan perkara ini pada umum.

Soalan: Saya cuba fokuskan perbincangan ini dengan Jeram. Kita melihat orang Melayu masih rendah kesedaran mereka mengenai politik. Saya cuba kaitkan dengan kekalahan calon PAS di DUN Jeram di dalam PRU 12. Orang Melayu meliputi 73.01% daripada sejumlah 18,839 pengundi yang berdaftar. Bagaimana untuk menyedarkan mereka mengenai kepentingan politik dan mencari jalan dan strategi yang berkesan untuk mencapai kemenangan di DUN Jeram pada pilihanraya-pilhanraya akan datang?

Jawapan YB: Saya cukup yakin kepada demokrasi sebagai suatu proses pentadbiran, peralihan kepimpinan dan proses membentuk kerajaan yang terbaik dengan andaiannya pengundi celik maklumat dan mempunyai pengetahuan. Demokrasi boleh berperanan apabila rakyat boleh memperolehi maklumat. Demokrasi yang “fundamental” ialah bermaksud rakyat boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat. Pengundi memerlukan pencarian maklumat dengan bebas tanpa kekangan media, ditakut-takutkan dan yang paling penting pengundi jangan merasakan selesa dengan apa yang ada dan tidak buat kesah atau beranggapan siapa yang memerintah, sama sahaja. Kalu begini, demokrasi itu dianggap mati dan tidak dinamik. Kita perlu menyedarkan politik rakyat dengan cara memberi informasi dan bercakap mengenai orang Melayu, mereka bukan orang yang suka membaca apatah tulisan yang panjang berjela-jela, tetapi mereka suka menonton dan mendengar (pasang telinga). Kita mesti bersedia dengan suatu media yang mengizinkan mereka menonton dan mendengar dengan suatu pendekatan yang paling kreatif dan tidak meletakkan mereka membosankan dan dihukum. Pendekatan ke hadapan kita mesti membawa atau mengajak orang menonton. Kita perlu menyediakan penerangan dalam bentuk CD dan cuba “menjual atau memasarkan calon” tersebut. Dalam pilihanraya lepas anak-anak dan isteri saya menyediakan CD mengenai diri saya yang diolah begitu kreatif dengan muzik, lagu-lagu, berlatar-belakang sesuatu, seperti semasa saya belajar di U.K. dahulu ada tercatat cerita-cerita saya di sana. Kita mesti menyediakan bahan-bahan yang menarik untuk dipertontonkan. Cuba anda lihat web site saya untuk penjelasan lanjut, http://drdzul.wordpress.com

Secara kesimpulan, media yang penting ialah media yang boleh ditonton dan didengar. Kita perlu perbanyakkan CD dan edarkan, umpamanya dihantar ke rumah-rumah setiap tiga bulan sekali. Kita perlu menyediakan platform ceramah terbuka yang sudah sebati dengan program kita. Penceramah-penceramah hebat boleh dipanggil untuk menerang untuk mencari undi dan bukannya menyerang atau menghentam mereka sehingga mereka lari dan tidak memperolehi undi mereka. Penceramah sekarang mesti bijak. Kita perlu melahirkan penceramah-penceramah yang bijak berpidato di samping mahir berinteraksi dengan orang ramai dan bukannya syok sendiri. Ibarat kata, “ kalau anda ingin madu lebah, janganlah anda sepak sarangnya”. Maka, “cara kita bercakap mestilah dikawal, kerana itulah sahaja cara berkesan akan dapat mengubahnya”.

Soalan: Di DUN Jeram ini, apakah aspek agenda pembangunan yang sesuai untuk menarik hati pengundi menyokong kita?

Jawapan YB:
Di DUN Jeram ini masih di bawah UMNO/BN, Datuk Amiruddin Setro, maka mustahak dana-dana pembangunan yang hendak diturunkan juga mengambilkira Jeram. Kita tidak perlu melihat suatu yang agak luar biasa, atau “exceptional”. Apa yang penting fokuskan kehendak rakyat terlebih dahulu, contohnya golongan profesional yang tinggal di Saujana Utama mereka mahukan kehidupan yang berkualiti dan kualiti pendidikan anak-anak. Maka, kita perlu perjuangan tuntutan semasa mereka. Saya difahamkan di Saujana utama, bilik darjah sudah sesak dan tidak dapat menampung penambahan kemasukan pelajar-pelajar baru. Ini bermakna, isu sekolah dan keselamatan dan kemudahan-kemudahan di taman mereka mesti diselesaikan. Ini suatu yang wajar, mesti dan wakil rakyat terpanggil untuk memperjuangkan perkara ini. Kerajaan Pusat telah menjanjikan pembinaan sekolah tambahan sejak Rancangan Malaysia (RM) ke7, tetapi masih gagal dibangunkan sehinggalah RM8 dan baru-baru ini di persidangan Parlimen, saya bangkitkan perkara ini semula kepada Kementerian Kerja Raya dan mohon agar dalam RM9 ini, projek tersebut dapat dilaksanakan.

Untuk golongan yang miskin, terutama nelayan, saya sendiri menemui pegawai jabatan perikanan, berdialog dengan Persatuan Nelayan dan didapati mereka yang tidak menjadi ahli persatuan tidak dibantu. Saya memohon mereka patut dibantu. Saya turut meminta pegawai di jabatan perikanan agar memberikan projek ternakan seperti kerang kepada mereka. Saya turut rasa dukacita kerana, mereka hanya melayan permintaan kaum pemodal, sehingga akhirnya, hutan paya bakau kita tercemar, sedangkan hutan tersebut boleh membiakkan kehidupan laut.

Soalan: Untuk mencapai kemenangan di Jeram, kriteria calon bagaimanakah yang paling sesuai dan layak untuk di ketengahkan dalam PRU 13? Kita dapati, kita tewas banyak di kampung-kampung tradisional.

Jawapan YB: Setelah saya menjadi Ahli Parlimen , saya dapati di DUN Jeram amat unik seperti kedudukan di Perlis, Terengganu kerana dalam lingkungan “Malay belt”. Tsunami politik tidak berlaku di kawasan “Malay belt”. Kita perlu berhati-hati agar semua YB dalam PR tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang kita boleh dihukum dan tewas di dalam pilihanraya akan datang. Kita perlu berhati-hati agar tidak mengguriskan hati mana-mana kaum. Walau bagaimanapun, orang PAS dan PKR yang beragama Islam mesti menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk menawan hati pengundi Melayu dari aspek kedudukan dan kepentingan orang Melayu, agama, bahasa Melayu, simbol kekuatan orang Melayu iaitu Raja dan Kesultanan. Pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan kehendak dan kepentingan orang bukan Melayu. Maka, teramat penting bagaimana kita hendak mengungkapkan satu manifesto dan agenda pembangunan semua rakyat di negara ini.

Seorang calon itu mestilah orang yang bijak, matang berfikir, menampilkan kewibawaan dan menganalisa dan menangani mengenai isu-isu termasuk semua kaum. Kriteria yang dikehendaki adalah jika boleh anak tempatan, anak kampung yang mudah, mesra dan senang bergaul, ramah, dengan sesiapa sahaja, ada jalinan kaum kerabat yang besar, dikenali, berpelajaran atau berpendidikan tinggi, professional, tidak perlu sangat berlatar belakang agama, di samping boleh berucap dan berhujah dan membujuk orang ramai.dan ada sedikit ketokohan.

Soalan: Sudikah YB terlibat dengan PAS kawasan Kuala Selangor untuk sama-sama menjadi pimpinan tertinggi kawasan bagi tujuan memajukan PAS di kawasan ini.

Jawapan YB: Saya rasa soalan ini, soalan paling “nakal” dan cuba merangkap saya. Saya ingin katakan dan tegaskan bahawa saya sebenarnya apabila datang dan bertanding di Kuala Selangor dengan saya tidak mengenali Kuala Selangor bahkan Kuala Selangor tidak mengenali saya dan apabila saya menang dengan izin Allah swt dengan bantuan sahabat-sahabat, di peringkat awal saya turun di Kuala Selangor, saya tidak pernah ada niat, berhajat untuk memimpin kawasan atas alasan, pertamanya, saya cukup terbeban dengan jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan PAS Pusat bahkan setelah saya bergelar YB, banyak masa dan tenaga tertumpu kepada tugas-tugas sebagai wakil rakyat dan tugas Parti agak sedikit terjejas. Saya mungkin berkemampuan untuk memimpin, namun keupayaan tenaga saya tidak bersedia untuk berbuat demikian. Komitmen saya juga amat tinggi sebagai sekretariat PR dan ditambah dengan AJK Lajnah Politik Pas Pusat. Saya tidak bersedia berbuat demikian.

Soalan: Apakah kegemaran YB masa lapang?

Jawapan YB: Sejak kebelakangan ini, saya rasa tidak cukup tidur, terutama untuk menyelesaikan masalah rakyat dan persidangan Parlimen. Saya juga dinasihatkan oleh doktor supaya berehat sedikit. Apabila saya ada masa rehat, saya penuhi masa saya dengan membaca. Membaca sudah menjadi kemestian untuk mendapat maklumat dan digunakan untuk berhujah. Saya sememangnya minat membaca dan dalam keadaan membaca itulah membuatkan saya mudah tertidur.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Perutusan Hari Raya Eidul Adha 1429H  

Dengan kesempatan Hari Raya Aidul Adha yang menjelang tiba pada Isnin ini, 10 Zulhijah 1429 hijriah bersamaan dengan 8 Disember 2008, saya dan sekeluarga mengucapkan selamat berqurban kepada teman-teman yang melaksanakan ibadat ini khususnya kepada ahli kariah di Bandar Puncak Alam Fasa 1, teman-teman di Fasa 2, 3, Shah Alam 2, Saujana Utama, Seri Pristana, Felda Bukit Cherakah serta penduduk kampung di Mukim Jeram, seperti Kg. Bukit Hijau, Parit Mahang, Bukit Kuching, Bukit Cheraka, Tambak Jawa, Bukit Kerayong, Batu 18 -20, dan di Sg Sembilang.

Saya doakan semoga Hari Raya Qurban ini kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Hayatilah pengorbananan yang telah dilalui oleh Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan tuntutan dan hak Allah s.w.t. walaupun jalannya begitu getir dan terpaksa melalui kesusahan dan keperitan hidup. Insafilah perjalanan seerah perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t. ini walaupun dibenci dan diperangi oleh musuh musyrikin.

Istilah Qurban berasal dari kata “qoruba” yang ertinya dekat. Menyembelih binatang yang disyariatkan menuntut kita menginsafi betapa Allah s.w.t. menganugerahkan kurniaan yang tidak terhingga banyaknya dan sewajarnya setiap tahun setiap daripada kita yang mampu, menunaikan tanggungjawab ini dan secara langsung memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial dan keadilan di dalam masyarakat setempat.

Perayaan Aidul Adha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berqurban dan daging qurban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang berada. Manfaatkanlah empat hari tersebut untuk memuji Allah s.w.t. Sentiasalah kita membesarkan Allah s.w.t.dan janganlah kita membesarkan dan mengagungkan “kebendaan” yang pada hakikatnya tiada nilai di sisi Allah Rabbul Jalil dan tidak akan memberi manfaat langsung di hari akhirat.

Marilah kita terima seruan tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya semata-mata.

Allahu akbar,Allahu akbar walilla hilham.

Yang Faqir,

Hj. Razali Bin Tumirin
Pengarah MTD Jeram

Nota Admin : Dikesempatan ini juga pihak Jeramkini juga ingin mengucapkan Selamat Berqurban sempena Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca yang memberikan sokongan kpd blog ini. TQVM

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Perjuangan Bukan Dihampari Permaidani Merah  

'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma' dan qias.

PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk

"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.

Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT

Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.

Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa'ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya': 105 "Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh."

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

Ustaz Idris Ahmad
Setiausaha
Majlis Syura PAS

Dipetik : HarakahDaily.net

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button

Hj Razali Ziarah Bayi Baru Lahir  

Hj Razali Tumirin menyampaikan sumbangan kepada Sdr Roslan.
Lagi gambar di sini.

3 Disember 2008 : Pengarah MTD, Hj Razali Tumirin sudi melapangkan masa untuk menziarahi Sdr Roslan yang baru menimang cahaya mata di rumahya di Fasa 2B6, Shah Alam 2 Bandar Puncak Alam.


Comelnya Putera Sdr Roslan ni...

Program ziarah ini sebenarnya dianjurkan PAS Cawangan Shah Alam 2 dengan kerjasama MTD Jeram bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli dan penduduk khususnya di kawasan DUN Jeram.

Baca Selanjutnya...
Subscribe Update Terkini Melalui Email
AddThis Social Bookmark Button